Friday, October 24, 2014

Selamat Menyambut Awal Muharram

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
  Justeru pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat  Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1436H kepada seluruh Muslimin dan Muslimat warga SKTPP. Semoga Allam menerima semua amalan kita pada tahun ini dan semoga tahun baharu kita akan sama-sama berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat semata-mata kerana Allah SWT. Didoakan kita diberikan taufik, hidayah dan sentiasa dalam rahmatNYA. Insya Allah....


No comments:

Post a Comment