Friday, October 3, 2014

Bacaan Yaasin Jumaat Menjelang Aidiladha

Sebagaimana biasa, setiap pagi Jumaat murid-murid dan guru akan membaca Yaasin di tapak perhimpunan sebelum masuk ke kelas. Amalan ini selain untuk memohon keberkatan pada hari Jumaat yang mulia, diharap dapat menjadi latihtubi buat murid-murid menghafaz Surah Yaasin sebagai bekalan diri. Murid-murid sesi petang juga turut membaca yaasin pada setiap hari Jumaat sebelum masuk ke kelas.
   Menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba pada hari Ahad ini, murid-murid dan guru membaca yaasin di bawah pimpinan Ustaz Wahiduddin dengan begitu syahdu sekali.



No comments:

Post a Comment