Tuesday, October 14, 2014

Sambutan Hari Kanak-kanak 2014 (Sesi Pagi)

Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diadakan pada hari Selasa, 14 Oktober 2014, bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Objektif Hari Kanak-Kanak diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan  kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk memberi perlindungan, kebajikan dan kesejahteraan kepada mereka. Sesuai dengan slogan "Kami Benci Dadah" murid-murid dipupuk supaya timbul perasaan benci dadah dan sebagai musuh mereka sejak kecil lagi.

Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah persembahan daripada adik-adik Prasekolah dan PPKI, persembahan sketsa daripada murid tahun 4, persembahan tarian daripada murid tahun 5 dan persembahan nyanyian bagi murid tahun 6.

Antara gambar semasa majlis berlangsung :

 Barisan pentadbir turut menyaksikan persembahan

 Majlis dipengerusikan oleh murid Tahun 5

 Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar SKTPP


Tokoh Kanak-Kanak Tahap 2 disandang oleh adik Mohd Shahrizal bin Rahmat





Persembahan dari murid Prasekolah

Persembahan dari murid PPKI

Hakim bagi mengadili pertandingan persembahan

Murid-murid mendapat aiskerim dan roti percuma

Persembahan sketsa oleh murid Tahun 4


Persembahan tarian oleh murid Tahun 5



Persembahan nyanyian oleh murid Tahun 6



Penyampaian hadiah kepada pemenang sesi pagi disambung pada keesokan harinya



Tahniah kepada semua pemenang!
Kami Benci Dadah!


Disediakan oleh :
Pn. Nora Azean 

No comments:

Post a Comment