Thursday, October 2, 2014

Program Minggu Bahasa Arab 2014

Minggu Bahasa Arab merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan di SK Taman Putra Perdana. Program ini dirancang  bertujuan untuk memupuk minat dan mencungkil kebolehan murid dalam meguasai bahasa Arab. Ini adalah selaras dan berkesinambungan dengan program j-QAF yang telah wujud di sekolah ini sejak tahun 2007 lagi. Semoga program kali ini dapat melahirkan murid cintakan Bahasa Arab.

Objektif :

1. Menanam minat murid mempelajari Bahasa Arab.
2. Meningkatkan keupayaan penguasaan Bahasa Arab.
3. Membina sahsiah diri ke arah generasi cemerlang dan terbilang.
4. Melahirkan murid yang cinta akan Bahasa Arab.

Aktiviti yang dijalankan:

1. Tahun 1 : Kuiz dan Tulisan Arab Cantik.
2. Tahun 2 : Kuiz dan Membaca Teks Arab.
3. Tahun 3 : Kuiz dan Sajak Bahasa Arab.
4. Tahun 4 : Kuiz dan Perbualan Bahasa Arab.
5. Tahun 5 : Kuiz dan Pidato Bahasa Arab.
6. Tahun 6 : Kuiz dan Bercerita Dalam Bahasa Arab.

Ucapan perasmian daripada Tn. Hj. Ahmad Fuadi

Persembahan Dikir Barat Bahasa Arab

Persembahan Dikir Barat Bahasa Arab

Perasmian Minggu Bahasa Arab dilancarkan dengan memukul gong.

No comments:

Post a Comment