Monday, July 18, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-26 (Sesi Pagi)

Tarikh: 18 Julai 2016
Tempat : Dewan Perdana
Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi

Guru Bertugas Kumpulan H :
1.      Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
2.      Puan Grace a/p Danaraj
3.      Puan Rosmawati binti Md Desa
4.      Puan Norhana binti Nordin
5.      Puan Azura binti Mustafa
6.      Puan Asma binti Abdul Malik
7.      Puan Hanawati Alinda binti Abd Talib Puruji
8.      Puan Norasmawati binti Omar

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah.
2. Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq Bin Fauzi.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas iaitu Puan Norhana binti Nordin.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha.
5.  Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Rosmizawati Binti Yusub.
 Masalah disiplin murid:
- Murid suka makan sambil berjalan menyebabkan makanan jatuh ke lantai
- Murid membuang sampah merata-rata
- Cawan plastik kantin dibuang dalam tong sampah, sepatutnya dimasukkan ke dalam besen yang disediakan. (aduan dari pihak kantin)
- Kantin  dalam  keadaan  sangat kotor selepas waktu rehat
- Murid membuat bising, bercakap, bergelak ketawa semasa lalu di koridor kelas terutamanya di aras bawah. Memberi gangguan kepada murid tahun 4 yang belajar di dalam kelas.
- Murid-murid dilarang berkeliaran waktu rehat. Jangan berlegar-legar di hadapan kelas aras bawah.
- Kes kecurian semakin banyak. Duit, kotak pensel dan buku teks selalu dilaporkan hilang. Tolong jangan ambil barang yang bukan hak kita
-Jangan amalkan tabiat mengejek-ngejek. Boleh menyebabkan pergaduhan dan masalah yang lebih besar. Elakkan menimbulkan masalah disiplin di sekolah
- Jangan membawa benda-benda yang dilarang ke sekolah seperti liquid paper, marker pen dan pisau.

Pemenang bagi Pertandingan Kelas Terbersih Minggu Lepas :

                        PPKI:
                    Tempat Pertama :  Dell                
              Tempat Kedua    : Acer
                    Tempat Ketiga    : Apple

                      Tahun 4 :
                     Tempat Pertama :  4 Ortopedik
                     Tempat Kedua    :  4 Radiologi
                     Tempat Ketiga    :  4 Kardiologi

                     Tahun 5 :
                     Tempat Pertama :  5 Zuhal
                     Tempat Kedua    :  5 Pluto
                     Tempat Ketiga    :  5 Zuhrah

                     Tahun 6 :
                     Tempat Pertama : 6 Theta
                     Tempat Kedua    : 6 Lambda
                     Tempat Ketiga    : 6 Gamma

6. Ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Puan Norhana binti Nordin.
Tema Ucapan minggu ini adalah "Kepentingan air kepada badan manusia”
Ø  Badan manusia mengandungi lebih 90% air yang terdiri daripada darah, peluh dan urin.
Ø  Kita memerlukan sebanyak 8 gelas air untuk mengelakkan kekurangan air dalam cuaca panas yang bolen menyebabkan strok haba.

7. Perkataan Lawad pada minggu ini adalah:
Bahasa Melayu    - Tindak tanduk bermaksud tingkah laku.
Bahasa Inggeris   - Determined bermaksud berazam
Bahasa Arab        - Qitoorun bermaksud kereta api.

8. Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI , Puan Norhamizah binti Hamzah.
§  Beliau mengingatkan murid supaya menjaga keselamatan diri terutama semasa bermain di padang sekolah, mesti ada pengawasan guru.
§  Murid tahun 6 akan menduduki UPSR manakala murid PPKI menduduki  PASR (Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah)
§  Program besar sekolah dan PIBG pada tahun ini "Larian Amal Cergas Tanpa DARVI" yang akan diadakan pada 7 Ogos 2016. Murid-murid boleh menempah baju.
9. Perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.

Pengawas Mengetuai Bacaan Doa

Ketua Murid membaca Ikrar

Murid-murid khusyuk mendengar ucapan

Barisan Guru Bertugas Minggu Ini

Pn Rosmizawati binti Yusob sedang melaporkan laporan minggu Lepas

Wakil Murid Menerima Hadiah Kelas Terbersih

Ucapan  Pn Norhamizah binti Hamzah (PK PPKI )

Disediakan Oleh :
Pn Asma Abdul Malik

No comments:

Post a Comment