... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 25, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh: 25 Julai 2016
Tempat: Dewan Perdana
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi

Guru bertugas (Kumpulan A)
1. En. Tarmiji Bin Sabali
2. Pn. Noriza Bt Md. Nor
3. Pn. Norziani Bt Zubir
4. Pn. Azlina Bt. Mat Isa
5. Pn. Nur Hayati Bt. Mohamed Nor
6. Pn. Norazian Bt Mat Anuar
7. Pn. Musaliha Bt Mustafa
8. Pn. Siti Masra Bt Abdul Kadir

KUMPULAN A
Laporan / Ulasan

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan sekolah
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas (Nukman Haziq Bin Fauzi)
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas iaitu Puan Noriza Bt Md. Nor
4. Bacaan ikrar murid diketuai oleh Asyraaf Aqashah
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norhana Binti Nordin

Laporan Guru bertugas minggu lepas daripada Puan Norhana Bt Nordin

Masalah disiplin;
  • Murid berlari-lari semasa waktu rehat
  • Murid membawa bungkusan makanan melepasi kawasan kantin dan menyebabkan sampah dibuang di merata tempat terutama longkang dan kawasan laluan kelas
  • Murid mesti sentiasa menjaga kebersihan kelas
6. Ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Pn Noriza Bt Md. Nor bertema "FAEDAH MENYIMPAN WANG"
  • Menyimpan wang dapat menggelakkan pembaziran
  • Wang yang disimpan boleh digunakan semasa waktu kecemasan
  • Wang tersebut juga boleh dijadikan dana untuk menyambung pelajaran di masa hadapan
  • Wang tersebut boleh digunakan untuk membantu ibu bapa
Ucapan guru bertugas (Pn. Noriza Bt. Md. Nor)
7. Perkataan lawad
  • Bahasa Melayu -  Berdentam-dentum bermaksud bunyi kuat yang bersambung-sambungan (mercun)
  • Bahasa Inggeris - Awful bermaksud teruk
  • Bahasa Arab - Mahattotun bermaksud stesen
8. Penyampaian hadiah  dan sijil kepada  Peserta Kalam Jamaei kerana telah berjaya dinobatkan Naib Johan Peringkat Daerah Sepang paada 21/7/2016 yang dibimbing oleh guru-guru j-QAF




9. Ucapan Guru Besar iaitu Puan Rohaidah Bt Mohd Ali

Ucapan Guru Besar Puan Rohaidah Bt Mohd Ali
  • Puan guru besar memulakan ucapan dengan mengucapkan ucapan tahniah kepada peserta Kalam Jamaei atas kemenangan Naib Johan Peringkat Daerah Sepang dan juga kumpulan kriket atas pemilihan ke Peringkat Negeri Selangor 
  • Beliau turut memberi pesanan dan nasihat kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR dan murid Tahun 4 dan 5 (PKSR2) bermula esok hari iaitu Selasa 26/7/2016.
  • Beliau juga menyentuh berkaitan Larian Amal dan permohonancuti peristiwa pada hari Isnin (8/8/2016) telah dihantar ke PPD
  • Puan guru besar menutup ucapan dengan mengumumkan visi dan misi baru PPDa dan membacanya bersama-sama murid dan guru.
VISI
Sekolah Bebas Dadah 2022 

MISI
Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah.
      
10. Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.          

Disediakan oleh : Pn. Siti Masra

No comments:

Post a Comment