Friday, July 1, 2016

Majlis Penutupan Bulan Dakwah, Khatam Al-Quran, Sumbangan Anak Yatim & Miskin Dan Sesi Bersalam-salaman

"Bacalah, dengan nama tuhanmu yang telah menjadikan kalam. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmulah yang maha pemurah, ia mengajar (manusia), dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". (Surah Al-Alaq Ayat 1 -5)

Pada hari ini 1 Julai 2016 bersamaan 26 Ramadhan telah berlangsungnya program penutupan bulan dakwah, khatam Al-Quran, sumbangan anak yatim & miskin dan sesi bersalam-salaman sempena menyambut hari raya Aidilfitri. Program ini merupakan acara kemuncak kepada aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya Bijak Tajwid, Khatib Cilik, Hayya Bil Arabiyah dan Hijabista.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan kesinambungan bagi mengeratkan ukhwah silaturrahim di antara murid dan guru-guru di sekolah ini.

Dalam majlis ini juga diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan diakhiri dengan majlis bersalam-salaman. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Antara gambar-gambar yang dirakam sekitar majlis berlangsung.

Buku Program untuk majlis tersebut.
Ustaz Mahdir bin Midun sedang membacakan doa bagi memberjati majlis.
Puan Hajah Rohaidah sedang memberikan ucapan.
Puan Noranismawati binti Fauzi wakil dari PPD sedang menyampaikan ucapan
Barisan Pentadbir SK Taman Putra Perdana
Murid-murid sedang membacakan ayat-ayat suci sempena majlis Khatam Al-Quran.
Persembahan nasyid oleh murid yang dipimpin oleh Puan Astina.
Guru-guru bergambar kenangan selepas majlis berlangsung.

No comments:

Post a Comment