Monday, July 25, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Petang)

Tarikh             : 25 Julai 2016 (Isnin)
Tempat         : Dewan Perdana
Masa             : 1.20 – 2.00 petang

Guru bertugas Kumpulan A
1. Arnny Yusnita bt Md Enarji
2. Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim
3. Suriyana bt Nanyan
4. Nor Arzah bt Hussin
5. Yusnita bt Yunus
6. Nor Azian bt Ahmad

Barisan guru bertugas minggu ini

Laporan / Ulasan
1.  Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 3

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En Wan Roswandy b W.Ibrahim

4. Bacaan Ikrar Murid oleh Alif Qaweem (3 Kompang)

5. Laporan oleh guru bertugas minggu lepas iaitu Pn Zauiyah bt Ismail
     - Murid tidak dibenarkan membawa perkakasan kaca seperti botol air kaca elak sebarang kecederaan berlaku.
     - Murid dinasihatkan menunggu ibu bapa di tempat menunggu bas atau di pondok jaga. Tidak dibenarkan menunggu di seberang jalan bimbang mengancam keselamatan.
     - Murid diingatkan supaya tidak bergayut menggunakan ‘monkey bar’.

6. Pemenang bagi pertandingan kelas terbersih minggu lepas
  
            Tahun 1 :
            Tempat Pertama - 1 intelek
            Tempat Kedua    – 1 Cerdik
            Tempat Ketiga    – 1 Fokus

            Tahun 2 :
            Tempat Pertama – 2 Uranium
            Tempat Kedua    – 2 Vanadium
            Tempat Ketiga    – 2 Platinium

            Tahun 3 :
            Tempat Pertama – 3 Angklung
            Tempat kedua     – 3 Bonang
            Tempat Ketiga     – 3 Kompang

7. Ucapan guru bertugas (En Wan Mohd Roswandy b W. Ibrahim)
  -  Tema ucapan hari ini ialah “Menghormati orang tua”. Murid dinasihatkan supaya lebih menghormati orang yang lebih tua seperti ibu bapa dan guru.
  -  Mereka juga diingatkan supaya memberi salam / sapaan semasa berjumpa dengan orang yang lebih tua. Penggunaan bahasa yang sopan disarankan semasa bertutur dengan mereka.

  - Perkataan LAWAD pada hari ini ialah :
           Bahasa Malaysia : Melarik = Mengukir
           Bahasa Inggeris   : Road = jalan
           Bahasa Arab       : Haatifun = Telefon

8. Ucapan Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
-Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah kita telah meraih Naib Johan dalam pertandingan Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaie) Daerah Sepang.
- Beliau juga berharap kumpulan Action Song sekolah kita juga akan mendapat tempat dalam pertandingan pada hari Khamis ini.
- Tahniah dan syabas kepada 6 orang murid dari sekolah ini yang berjaya mewakili Daerah Sepang dalam pertandingan kriket MSSS.
- Guru Besar juga memohon agar murid-murid menguar-uarkan sekali lagi kepada  ibu bapa mereka tentang Larian Amal “Cergas Tanpa DARVIH” yang akan dijalankan pada 7 Ogos 2016.
- Guru Besar menghebahkan kepada warga SKTPP mengenai perubahan Visi & Misi    PPDa. Misi & Visi baru adalah seperti berikut :
                        
                 Visi PPDa
                 Sekolah Bebas Dadah 2022

                 Misi PPDa 
            Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah

En Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim (Pengerusi Majlis)
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Alif Qaweem (3 Kompang)
Murid bersedia membaca ikrar
Laporan guru bertugas disampaikan oleh Pn Zauiyah bt Ismail
Wakil pemenang pertandingan kebersihan kelas minggu ke-26
Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

No comments:

Post a Comment