Saturday, March 3, 2018

Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2018/2019 Dan Lawatan Ke Ujana Ilmu SK Taman Putra Perdana

Mesyuarat AJK PIBG kali pertama bagi sesi tahun 2018 / 2019 telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 3 Mac 2018. Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG yang telah meluangkan masa untuk hadir  ke mesyuarat ini. Yang DiPertua PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian telah memulakan agenda mesyuarat dengan sesi memperkenalkan diri oleh semua AJK dan pentadbir yang hadir. 

Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan pelbagai perkara dan permasalahan yang ditimbulkan. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah:
  1. Ucapan pengerusi
  2. Ucapan penasihat
  3. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
  4. Perkara-perkara berbangkit
  5. Pembentangan laporan kewangan
  6. Pembentangan perkara-perkara baharu (post mortem Mesyuarat Agung PIBG yang lepas dan laporan program sekolah dan PIBG)
  7. Hal-hal lain
  8. Ucapan penangguhan
YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar mempengerusikan mesyuarat AJK PIBG kali pertama tahun 2018

Perbincangan agenda mesyuarat sedang berlangsung


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PIBG atas sumbangan peruntukan dalam menampung pelbagai kemudahan sekolah termasuklah: 
  1. Menaik taraf tempat latihan kriket SKTPP
  2. Majlis bacaan Yassin, solat hajat dan ceramah motivasi Tahun 6 Fasa 1
  3. Ubah suai dan menaik taraf Ujana Ilmu
  4. Program Sinergi Ilmu
  5. Karnival IMFree
  6. Naik taraf tandas
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada AJK yang telah menghulurkan sumbangan peribadi bagi menampung kos aktiviti-aktiviti dan program yang akan berjalan pada tahun ini.

Semoga permuafakatan yang terjalin ini akan menjamin kebajikan anak-anak murid serta dapat membantu pihak sekolah mengadakan program-program kecemerlangan murid, menaik taraf kemudahan sekolah, menambah dana PIBG dan seterusnya meningkatkan imej sekolah. Semoga idea yang dijana akan memantapkan lagi pengurusan sekolah agar lebih cemerlang pada masa akan datang baik dari segi akademik, kokurikulum mahupun infrastruktur sekolah.

Sejurus tamat mesyuarat PIBG, kesemua ahli jawatankuasa PIBG telah melawat Ujana Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Terminal Muafakat. Mereka melihat kemudahan yang disediakan di samping mencari idea dan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk kemudahan pelajar dan guru yang berkunjung ke Ujana Ilmu. 


Encik Ibrahim, NYDP PIBG sedang menandatangani buku kehadiran pelawat ke Ujana Ilmu sambil disaksikan AJK; Puan Nalini.


Sekitar lawatan ke Ujana Ilmu bersama barisan pentadbir

Ruang Ujana Ilmu yang terkini 

Puan Rohaidah Binti Mohd Ali bergambar bersama AJK PIBG; Dr. Nurzanalia

Puan Azizah Binti Mokhlas, bersama AJK PIBG melawat Terminal Tayang yang terdapat di Ujana Ilmu

Bergambar kenangan di Sudut Bertema

AJK PIBG melihat ruang yang disediakan di Ujana Ilmu untuk kegunaan murid

Bergambar kenangan bersama guru besar.

Diharap dengan kunjungan tersebut, Ujana Ilmu akan terus maju dan menjadi pusat akses utama kepada pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan selaras dengan objektif dan matlamat penggunaannya serta moto yang sering dilaungkan iaitu "Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan"

No comments:

Post a Comment