... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 2, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-24 (Sesi Pagi)

Hari: Isnin
Tarikh: 2 Julai 2018
Masa: 7.30 - 8.30 pagi

Guru Bertugas Kumpulan H:
1. Junaidah binti Rus
2. Rosmizawati binti Yusub
3. Norhana binti Nordin
4. Rosmawati binti Desa
5. Mohd Rusydan bin Ismail
6. Norfauziaton binti Ali Mohamed
7. Asma binti Abdul Malik
8. Arjunawati binti Ahmad Nuze


Pengacara Majlis :

Guru: Asma binti Abdul Malik.
Murid: Reeshmenraj a/l Jaiganesh.



1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

- Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku.
- Bacaan doa oleh Pengawas .
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Jalan Raya oleh Asma binti Abdul Malik.
- Bacaan Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas, adik  Nurin 'Adlina binti Hassan.

2. Laporan Bertugas Guru Minggu Lepas - Ustazah Nur Ayuni

- Majlis Hari Raya yang berlangsung pada hari Jumaat minggu lepas berjalan dengan begitu meriah sekali. Malangnya ada murid yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah selepas makan. Pinggan dan cawan kertas dibiarkan begitu sahaja di atas lantai. Ini menyebabkan air tumpah dan menjadikan lantai dalam keadaan yang kotor.
- Diharapkan agar murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah selepas habis makan apabila sekolah mengadakan sebarang majlis atau pun program.
- Murid-murid diharapkan agar tidak mengoyakkan buku tulis, kerana didapati buku tulis dalam keadaan yang nipis. Pastikan murid-murid menyediakan buku khas untuk menconteng.


3. Penyampaian Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Tahun 4:
1. Tempat Pertama- Elektrum
2. Tempat Kedua- Vanadium
3. Tempat Ketiga- Titanium

Tahun 5:
1. Tempat Pertama- Nafiri
2. Tempat Kedua- Canang
3. Tempat Ketiga-  Kompang

Tahun 6:
1. Tempat Pertama- Radiologi
2. Tempat Kedua- Respiratori
3. Tempat Ketiga-  Surgeri

4. Kempen Membaca di Ujana Ilmu - Cikgu Arnny Yusnita binti Enarji
Puan Arnny Yusnita binti Mat Enarji selaku guru penyelaras program  menyatakan:-
- Ujana Ilmu beroperasi seperti biasa. 
- Kad Ujana Ilmu paling maksimum 2 kad. Satu kad untuk satu buku bagi tempoh masa untuk satu minggu. 
- Minggu hadapan akan dijalankan Kempen Meminjam Buku di Ujana Ilmu, yang mana setiap kelas akan ada jadual untuk masuk ke Ujana Ilmu. 




5. Ucapan Guru Besar - Puan Rohaidah binti Mohd Ali
- Kehadiran murid datang ke sekolah dapat meningkatkan prestasi kehadiran sekolah. Pihak sekolah tidak mahu ada lagi murid yang tidak hadir dan hadir lewat ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. 
- Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terpilih mewakili Daerah Sepang ke Kejohanan MSSD iaitu dalam sukan hoki, kriket, memanah, bowling tenpin serta kelab uniform dan koku akademik. Semoga berjaya membawa piala kemenangan.
- Minggu ini akan bermula aktiviti Gerak Gempur untuk murid-murid Tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin hampir. Diharapkan agar murid-murid Tahun 6 akan lebih fokus kepada pembelajaran di sekolah mahupun di rumah. 
- Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Mengharapkan kejayaan yang lebih bersinar dalam UPSR bagi tahun 2018. 



Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang perhimpunan rasmi mingguan dan majlis penyampaian hadiah berlangsung:









No comments:

Post a Comment