Monday, July 16, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-26 (Sesi Petang)

Tarikh   : 16 Julai 2018
Hari      : Isnin
Masa    : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana

Senarai Guru Bertugas :

     1. Ahmad Tirmiezi Bin Baharuddin
     2. Nor Arzah Binti Hussain
     3. Wan Mohd Roswandy Bin Wan Ibrahim
     4. Suriyana Binti Nanyan
     5. Nazahiyah Binti Ab Rahman
     6. Salmi Binti Adnan
     7. Nik Bahirah Bt Nik Mat Salleh


Barisan Guru Bertugas

Agenda Perhimpunan :

     1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  • Bacaan doa oleh adik Naim.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Wan Mohd Roswandy.
  • Bacaan ikrar murid oleh adik Damia.
Bacaan Doa oleh Adik Naim

Bacaan Ikrar oleh Adik Damia

     2. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas (9.7.2018 - 13.7.2018)
         Laporan disampaikan oleh Encik Hariz Safwan
  • Guru menasihatkan murid supaya menjaga wang saku dengan baik.  Murid tidak digalakkan untuk membawa duit yang banyak, contohnya duit simpanan untuk mengelakkan daripada kes kehilangan.
  • Murid-murid dilarang bermain di kawasan PPKI, terutamanya pada waktu rehat. 
  • Semua murid dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan. Mereka hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan serta memastikan keadaan di dalam kelas, terutamanya meja dan kerusi, sentiasa tersusun.

Encik Hariz Safwan Menyampaikan Laporan

     3. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini (16.7.2018 - 20.7.2018)
         Laporan disampaikan oleh Encik Wan Mohd Roswandy
  • Tema pada minggu ini ialah Menabung Amalan Mulia.
  • Murid -murid dinasihatkan supaya tidak membeli dengan boros.
  • Guru menasihatkan murid agar bijak menyimpan wang di dalam tabung.
  • Murid tidak digalakkan untuk membeli barang yang tidak bermanfaat.
      Pertandingan Keceriaan Kelas
      
      Tahun 1
      Tempat Pertama : Samsung
      Tempat Kedua     : Huawei
      Tempat Ketiga     : Neffos

      Tahun 2
      Tempat Pertama : Thufail
      Tempat Kedua     : Battuta
      Tempat Ketiga     : Ibnu Khaldun

      Tahun 3
      Tempat Pertama : Harmoni
      Tempat Kedua     : Jujur
      Tempat Ketiga     : Intelek

Encik Roswandy Selaku Pengerusi Majlis

      4. Ucapan PK Petang
  • Guru melaporkan kejadian kasut hilang disebabkan gejala disorok oleh kawan.  Guru menasihati murid agar tidak berbuat demikian.  Jika masih lagi berlaku kejadian ini, pihak Unit Disiplin akan mengambil tindakan.
  • Guru meminta murid agar memegang kad kebenaran keluar kelas setiap kali keluar dari kelas.
  • Murid dinasihatkan agar tidak berlari ketika rehat bagi mengelakkan kecederaan.     
Ucapan Dari Puan Jumilah

      5. Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Bijak Sifir

        Pengacara Majlis : Encik Noorhisham Bin Mohd Noor
  • Anjuran Panitia Matematik.
  • Objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk membantu murid menguasai kemahiran mengingati sifir dan mendisiplinkan diri murid dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi serta berbudi pekerti mulia.
  • Dengan adanya program ini, dapat memupuk minat menghafal sifir.
  • Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta.

Encik Noorhisham Selaku Pengerusi Majlis Penyampaian Hadiah Program Bijak Sifir












Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Bijak Sifir


Disediakan oleh : Nik Bahirah Bt Nik Mat Salleh

No comments:

Post a Comment