Friday, July 20, 2018

Tahniah Wira Kriket SKTPP

Setelah muncul Naib Juara Kejohanan Kriket MSS Selangor 2018 (sila klik di sini), beberapa orang murid SKTPP telah terlibat dalam sesi pemilhan pasukan negeri ke Kejohanan Kriket MSSM. Sukacitanya, berbanding hanya seorang murid sahaja pada tahun lepas iaitu Muhammad Ashraf bin Azmi (sila klik di sini), tahun ini 5 orang murid SKTPP termasuk seorang murid Pendidikan Khas telah telah berjaya dalam pemilihan.
   Mereka yang terpilih ini akan mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Kriket MSSM di Kelantan yang akan berlangsung pada 5 - 10 Ogos 2018 nanti. Latihan pusat akan bermula pd 27 Julai 2018 di Hulu Langat. Tahniah buat para pemain dan jurulatih - Cikgu Izwan & Cikgu Junaidi serta ibu bapa dan semua pihak yang sangat menyokong dan membantu sukan kriket ini khususnya ahli-ahli SRCC. Doakan agar dipermudahkan segala urusan hingga Selangor dapat mengulangi kejayaan tahun lepas. Amiinn....🌹🌹

Tahun lepas Ashraf Azmi telah membantu pasukan Selangor menjadi Johan MSSM.

Muhammad Akram b. Abd. Malek, Tahun 5 Canang, lefthanded batsman, fast bowler

Muhammad Adam Azfar bin Mazlan, Tahun 6 Surgeri, wicket keeper, right hand batsman

Muhammad Hafiz bin Suhaimi, Tahun 6 PPKI, right hand batsman, fast bowler

Muhammad Syahir Syamael bin Shaari, Tahun 6 Ortopedik, right hand batsman, spinner bowler

Asyraf Rifaei bin Afindi, Tahun 6 Kardiologi, spinner bowler, right hand batsman

5 orang murid SKTPP akan membantu team Negeri Selangor bersama 10 orang pemain dari daerah lain

Wira-wira harapan keluarga & sekolah dalam misi merangkul gelaran Juara Kriket MSSM 2018

Bersama idola tahun lepas : Muhammad Ashraf Azmi - kini berada di Tingkatan 1 SMK Putra Perdana

Tonggak utama, hero & sifu kriket SKTPP -
syabas buat En. Izwan & En. Junaidi





Bergambar bersama GB dan PK Kokurikulum semasa meraih Naib Johan Kriket MSSS 2018

No comments:

Post a Comment