Monday, July 9, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-25 (Sesi Pagi)

Tarikh: 9 Julai 2018
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis: Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh (6 Surgeri)

Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda bt Mansor
2. Puan Nurliza bt Ab Rahman
3. Encik Mahadir bin Midun
4. Puan Noriza bt Md Nor
5. Cik Mawaddah bt Kamarulzaman
6. Puan Norasmawati bt Omar
7. Puan Rafidah bt Salleh
8. Puan Juli bt Mahbah
9. Puan Faridatul Aini bt Alias
10. Cik Syahirah bt Tumar
Barisan guru bertugas minggu ke-25 sesi pagi

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana bt Yahaya (5 Kompang).
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Haziq Aiman bin Hamdan (6 Patologi)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Mawaddah bt Kamarulzaman
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nurin 'Adlina bt Hassan (6 Surgeri)


2. Ucapan guru bertugas minggu lepas (2.7.2018 - 6.7.2018)
Laporan disampaikan oleh Ustazah Asma bt Abdul Malik
  • Semua murid perlu menjaga kebersihan sama ada di dalam kelas atau di sekitar sekolah.
  • Terdapat masih ada lagi murid-murid yang berlari ketika hendak ke kantin, ke kedai buku dan sebagainya. Murid-murid perlu menyedari akibat perbuatan tersebut akan menyebabkan mereka terjatuh dan berlakunya kecederaan.
  • Semua murid dinasihatkan supaya makan di kantin pada waktu rehat. Murid-murid tidak dibenarkan makan di kawasan lain kecuali di kantin.
Pengumuman kelas terbersih:
Tahun 4:
Johan - Vanadium
Naib Johan - Uranium
Tempat Ketiga - Titanium

Tahun 5:
Johan - Nafiri
Naib Johan - Kompang
Tempat Ketiga - Canang

Tahun 6:
Johan - Radiologi
Naib Johan - Surgeri
Tempat Ketiga - Respiratori

Kelas PPKI:
Johan - Cricket
Naib Johan - Squash
Tempat Ketiga - Aquatic

Wakil murid menerima cenderamata kelas terbersih

Laporan guru bertugas minggu lepas (Ustazah Asma) dan 
ucapan guru bertugas minggu ini (Ustazah Mawaddah)

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (9.7.2018 - 13.7.2018) oleh Ustazah Mawaddah bt Kamarulzaman

Tema: Sifat dan amalan nilai-nilai murni
Nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara sifat nilai-nilai murni ialah amanah dan jujur.

Amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan serta keyakinan orang lain atau melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Sebagai murid, amalan amanah penting kerana:
- dapat melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
- Murid-murid akan mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan di sekolah untuk melaksanakan sesuatu tugas.

Jujur bermaksud berkata benar, tidak dusta dan tidak menipu.
Sikap jujur adalah yang terpuji. Dengan bersikap jujur kita akan dipercayai dan dihargai oleh masyarakat.
Kita mesti mengamalkan nilai amanah dan jujur. Orang yang mengamalkan nilai amanah dan jujur akan mempunyai harga diri yang tinggi atau dipandang mulia oleh masyarakat. Sikap amanah dan jujur juga dapat menjadikan kita disukai oleh orang lain.

Perkataan LAWAD.
  • Bahasa Malaysia: Simpang -siur
  • Bahasa Inggeris: Souvenirs - cenderamata
  • Bahasa Arab: Soidussmak - memancing ikan
4. Ucapan oleh Guru Media (Puan Arnny Yusnita bt Md.Enarji)
  • SK Taman Putra Perdana telah diberi kepercayaan oleh PKG Salak dan PPD Sepang untuk mewakili Daerah Sepang menyertai Anugerah Penilaian Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang 2018
  • Semua guru dan murid diminta mempertingkatkan lagi aktiviti membaca dan meminjam buku di Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu).
  • Jadual penggiliran masuk ke Pusat Sumber Sekolah mengikut kelas tidak terhad kepada guru bahasa sahaja. Semua guru adalah terlibat sama.
  • Semua murid perlu mematuhi jadual peminjaman buku mengikut kelas supaya peratusan peminjaman buku murid dapat dipertingkatkan. 
Ucapan Guru Media (Puan Arnny Yusnita)

5. Ucapan PK Pentadbiran (Puan Azizah bt Mokhlas)
  • Semua murid harus menyedari bahawa mereka diamanahkan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa menjaga sahsiah diri.
  • Murid-murid Tahun 6 perlu mempertingkatkan lagi tahap kerajinan dan semangat untuk belajar kerana peperiksaan UPSR hampir tiba. Semua murid Tahun 6 dinasihatkan sentiasa hadir ke kelas tambahan di sekolah.
6. Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu dan Minggu Pusat Sumber Sekolah 2018
Pengacara Majlis: Cik Roslinda bt Mansor
  • Tema: Kerudung dan Sarung Warisan Melayu
  • Anjuran bersama Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah
  • Objektif utama adalah untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai cinta akan bahasa kita.
  • Dengan adanya anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah ini dapat menggalakkan minat membaca dan cintakan ilmu.
  • Murid-murid di sekolah ini mempunyai berbilang bangsa, semoga dengan adanya program Minggu Bahasa Melayu ini dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa Kebangsaan dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa dunia.

Pengaracara majlis: Cik Roslinda bt Mansor
Ucapan perasmian: En Ibrahim bin Rahman (NYDP PIBG SKTPP)
Ucapan wakil Team Blink PTS: En Hakim bin Mansor

En Ibrahim bin Rahman (NYDP PIBG) diiringi barisan pentadbir
menyempurnakan gimik pelancaran Minggu Bahasa Melayu

Warga guru SKTPP yang sentiasa sporting dengan memakai baju kebangsaan
serta berkerudung bagi guru wanita dan bersampin pelikat bagi guru lelaki.

Warga guru bergambar kenangan bersama maskot sempena majlis perasmian
Minggu Bahasa Melayu dan Kempen Pinjam Buku Pusat Sumber Sekolah.
Perhimpunan dan Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu dan Kempen Pinjam Buku Pusat Sumber Sekolah tamat pada jam 8.30 pagi

No comments:

Post a Comment