Tarikh: 12 Oktober 2018
Hari : Jumaat
Masa: 7.30 - 10.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis: Puan Siti Aisah binti Hanafi
Bacaan Doa: Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada
setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan
Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia
adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai
hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Hari Sukan Negara ini adalah
penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya
hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif
bersukan masih lagi rendah, iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding
dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya
hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar
penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Oleh itu, sambutan Hari
Sukan Negara 2018 SK Taman Putra Perdana bagi sesi pagi telah
diadakan di Dataran Perhimpunan. Program ini adalah bertujuan untuk
menjadikan sukan sebagai budaya hidup sihat. Aktiviti ini dilaksanakan selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
melalui penyertaan dalam bidang sukan.
Matlamat:-
- Memperkasa warga SK Taman Putra Perdana dengan aktiviti dan kepakaran bersesuaian ke arah menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup pilihan.
Objektif:-
- Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Mengadakan program kecergasan yang sihat untuk warga sekolah.
- Menyahut seruan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadakan program Hari Sukan Negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Puan Normah binti Shafiei dan Puan Yuzainismar binti Yusoff dari SK
Taman Putra Perdana 2, selaku instruktor untuk acara senamrobik yang
begitu komited dan sporting dalam menyediakan sesi senamrobik yang sangat
menarik. Terima kasih dan syabas sekali lagi diucapkan kepada mereka atas
kesudian menjadi instruktor senamrobik bagi tahun ini.
Berikut adalah paparan gambar sepanjang program
berlangsung:-
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga SK
Taman Putra Perdana dalam menjayakan program Hari Sukan Negara bagi tahun 2018.
Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Majulah Sukan Untuk Negara!
No comments:
Post a Comment