Tarikh : 15 Oktober 2018
Hari : Isnin
Masa : 1.20 - 1.50 Petang
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn Salina Bt Mohd Tasu
Guru Bertugas
Hari : Isnin
Masa : 1.20 - 1.50 Petang
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn Salina Bt Mohd Tasu
Guru Bertugas
- En. Rusmami Bin Rusli
- Pn Salina Bt Mohd Tasu
- Pn Ummu Athiah Bt Hashim
- Pn Nor Rafini Bt Othman
- Pn Nor Azian Bt Ahmad
- Pn Shurhama Bt Ahmad
- Pn Ranjiny a/p Rajah
Laporan / Ulasan
- Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn Salmi Amir
- Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan.
- Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn Salina Bt Mohd Tasu.
- Ikrar Murid dipimpin oleh adik Damia Batrisyia Bt Ibrahim
Laporan Guru Bertugas Minggu Ke- 37
- Laporan guru bertugas minggu ke-37 disampaikan oleh En Muhammad Saiffol Bin Ngabiah
- En Muhammad Saiffol menyentuh tentang kebersihan terutamanya selepas makan. Bekas plastik hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
- Seterusnya mengenai keselamatan terutamanya waktu petang. Murid-murid dinasihati supaya tidak berlari semasa pergi ke tandas dan pada waktu rehat. Ini kerana pada musin hujan permukaan lantai yang licin boleh menyebabkan murid jatuh.
- Akhlak yang terpuji juga disentuh oleh guru bertugas terutama dari segi pergaulan dialam kalangan murid.
Tema
- Pentingnya mengulang kaji pelajaran terutamanya minggu hadapan minggu peperiksaan.
- Murid akan diuji tentang semua yang dipelajari pada tahun ini.
- Selain itu juga, mengulang kaji pelajaran akan memudahkan murid menjawab soalan yang diuji.
Ucapan PK Petang
- Pn Jumilah menyentuh tentang disiplin murid pada waktu rehat. Masih terdapat murid yang berlari pada waktu rehat. Murid mungkin jatuh sekiranya berlari kerana lantai menjadi licin disebabkan hujan.
- PK Petang juga mengingatkan murid tentang Peperiksaan Akhir Tahun yang akan bermula pada hari Isnin minggu hadapan.
Perhimpunan rasmi minggu ke- 38 tamat pada jam 1.50 petang.
Disediakan oleh,
Rusmami Bin Rusli
No comments:
Post a Comment