Friday, October 12, 2018

Hari Sukan Negara 2018 - Sesi Petang

     Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan' (Sporting Nation).

Objektif Hari Sukan Negara ialah  :
1. Menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat.
2. Memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat.
3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
4. Meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat.
5. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang telibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

    Sehubungan dengan itu,  pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah sesi petang pada:

Tarikh : 12 Oktober 2018
Masa   : 2.30 - 4.00 petang
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP
Jurulatih Jemputan : Pn Normah binti Shafiei dan Pn Yuzainismaf binti Yusoff (SKTPP2)

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung...

















Disediakan oleh  : Cik Zalina binti Ismail

No comments:

Post a Comment