... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, October 8, 2018

Laporan Perhimpuan Rasmi Minggu ke-37 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 8 Oktober 2018
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 1:50                                      petang
Tempat                 : Dewan Perdana

Pengacara Majlis : Pn. Salmi binti Amir


Guru Bertugas :
  1. En. Muhammad Saiffol bin Ngabiah
  2. Cik Noor Azlinda binti Kasmin
  3. Pn. Salmi binti Amir
  4. Pn. Norazmira binti Kadirun
  5. En. Noor Hisham bin Mohd Noor
  6. Cik Amalina binti Abdul Hamid


Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah  dipimpin oleh Puan Salmi Amir


2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Salmi Amir



4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Damia Batrisyia Binti Ibrahim


5. Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Nur Azizati Ahmad


  • Sepanjang minggu lepas keadaan terkawal dan ada peperiksaan Jawi dan Bahasa Arab. Murid yang tidak hadir bersebab bolehlah menduduki peperiksaan tersebut pada minggu ini.
6. Tema minggu ini :

     Berjaya Cemerlang Sebagai Murid

  • Untuk berjaya murid mestilah berdisiplin dan berakhlak mulia.
  • Murid perlu mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan dan berbuat perkara yang betul dan baik.
  • Berakhlak yang baik bermula dengan cakap yang baik-baik dan menggunakan perkataan yang sopan
  • Bagi salam kepada orang sekeliling dan bebuat baik sesama rakan adalah salah satu contoh akhlak yang baik

7. Perkataan Lawad

  • Bahasa Melayu
          Lambung - Menjulang dan mengangkat ke atas
  • Bahasa Inggeris
          Swim - berenang
  • Bahasa Arab  
          Ainun - mata

8. Ucapan Guru Penolong Kanan Petang


  • Murid-murid diminta membawa air (sebotol) selama 4 hari kerana sekolah akan mengalami gangguan bekalan air. Gangguan air akan bermula pada hari Selasa sehinggalah hari Jumaat.
  • Murid-murid diminta berjimat cermat menggunakan air dan elakkan pembaziran air terjadi.

Perhimpunan berakhir pada pukul 1:50 petang

No comments:

Post a Comment