Adalah dimaklumkan bahawa
sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 untuk satu keluarga telah diluluskan oleh
Jabatan Pendidikan Selangor. Tahun 2019 sudah hampir ke penghujung. Bagi ibu bapa
yang masih belum menjelaskan pembayaran sumbangan PIBG, boleh membuat
pembayaran secara tunai melalui guru kelas atau kerani pejabat. Ibu bapa juga
boleh membuat pembayaran secara online. Butiran pembayaran secara online adalah
seperti yang berikut:
No akaun : 562777100081
Bank : MAYBANK
Nama : PIBG SK Taman Putra Perdana
Slip pembayaran perlu dihantar
kepada Bendahari PIBG, Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin di talian
012-2469632. Sila sertakan sekali nama dan kelas anak masing-masing sebagai
rujukan bendahari.
Adalah diharapkan agar ibu bapa
yang belum menjelaskan sumbangan ini boleh berbuat demikian sebelum berakhirnya
sesi persekolahan bagi tahun 2019 yang akan berakhir pada bulan November ini.
Kerjasama dan sokongan tuan/puan
amat kami hargai demi kecemerlangan anak-anak SK Taman Putra Perdana dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN”
No comments:
Post a Comment