Friday, August 23, 2019

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2019 (Sesi Pagi)

Tarikh : 23 Ogos 2019
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 9.30 pagi
Tempat : Dataran SK Taman Putra Perdana

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2019 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila 'Sayangi Malaysiaku:Malaysia Bersih' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2019. Tema ini dipilih melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat patriotik dalam kalangan murid-murid. Selain itu, dengan adanya program ini secara tidak langsung dapat menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

Objektif program :
  1. Menyemai semangat cinta akan negara.
  2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
  3. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
  4.  Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme.
  5. Mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara. 
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini :

Tahun 4
  • Pertandingan Gaya Seorang Perdana Menteri dan Tokoh Politik Wanita
  • Nyanyian Solo Lagu Patriotik 
  • Kuiz Sejarah Tahun 4
  • Buku Skrap Tahun 4
Tahun 5
  • Pertandingan Gaya Seorang Pahlawan Tempatan dan Srikandi
  • Nyanyian Solo Lagu Patriotik 
  • Kuiz Sejarah Tahun 5
  • Buku Skrap Tahun 5
Tahun 6
  • Koir Lagu Patriotik
  • Kuiz Sejarah Tahun 6
  • Buku Skrap Tahun 6

Mari kita lihat gambar-gambar menarik sepanjang program ini berlangsung:

Latar pentas
Ucapan perasmian oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Barisan pentadbir SKTPP
Gimik pelancaran
Murid-murid prasekolah
Murid-murid PPKI

Pemenang Pakaian Tema Hari Kebangsaan Kategori (P), Tahniah kepada Puan Noor Hayati dan Puan Norsiah

Pemenang Pakaian Tema Hari Kebangsaan Kategori (L), Tahniah kepada Encik Mohd Dzarfan dan Encik Hafiz

Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali bersama pemenang pakaian tema Hari Kebangsaan
Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTPP yang menjayakan program ini. Dengan menyambut  hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan sambutan hari kebangsaan negaranya sendiri. Bak kata pepatah, 'tak kenal maka tak cinta' yang bermaksud seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dan juga menyaksikan majlis sambutan secara langsung.

No comments:

Post a Comment