Monday, August 5, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-29 (Sesi Pagi)

Tarikh  : 5 Ogos 2019
Hari     : Isnin
Masa    : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Pengacara Majlis : Pn. Nurliza Ab. Rahman

Pn. Nurliza Ab. Rahman selaku pengacara 
majlis.

Senarai Guru Bertugas:
1. Pn. Nor-Azura Mustafa
2. Pn. Nurliza Ab. Rahman
3. Pn. Rafidah Salleh
4. Cik Komagal
5. Pn. Parimala Vengadasalam
6. Pn. Nurzainon Mohd Razalli
7. En. Mohd Afiq Azli

Agenda :

1. Nyanyian, Bacaan Doa, Bacaan Ikrar.

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah
-Bacaan Ikrar oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla)
-Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nurliza Ab. Rahman.
-Bacaan Doa Murid oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)


2. Ucapan daripada guru bertugas pada minggu lepas

Pn. Faridatul-Akmal Bt Ismail 
selaku guru bertugas minggu ke-28

 Intipati ucapan Pn. Faridatul-Akmal
1. Beliau mengingatkan murid yang demam atau tidak sihat daripada rumah supaya tidak menghadiri sesi persekolahan dan memaklumkan keadaan mereka kepada ibu bapa.

2. Peringatan kepada murid agar tidak berlari di dalam kelas semasa sesi pertukaran guru bagi megelakkan sebarang kecederaan berlaku.

3. Beliau juga menegaskan bahawa murid-murid dilarang bermain di gelanggang berhampiran blok prasekolah dan PPKI.

Keputusan Keceriaan dan Kebersihan Kelas Minggu Ke-28
        1. PPKI - Johan :Aquatic
                      - Ke 2  :Cricket
                      - Ke 3  :Soccer

        2. Tahun 4 - Johan :Gigih
                          - Ke 2   :Dedikasi
                          - Ke 3   :Harmoni

        3. Tahun 5 - Johan :Vanadium
                          - Ke 2   :Titanium
                          - Ke 3   :Ferum

        4. Tahun 6 - Ditangguhkan kerana Peperiksaan Percubaan UPSR 2019 sedang dijalankan.





3. Penyampaian Hadiah:

    Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Sepang 2019 telah berlangsung di SMK Putra Perdana pada 31 Julai 2019. Wakil daripada PPKI telah menjadi Johan Pertandingan Masakan (Sandwich) peringkat sekolah rendah.


Tahniah diucapkan kepada Adam Izzuddin Bin Shahrul Nizam dan Muhammad Amin Bin Roslan

Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru pengiring, Cik Maizan Bt Abdullah dan Pn. Norfauziaton Bt Ali Mohamed.

Seterusnya, telah berlangsungnya penyampaian hadiah untuk Bengkel Anugerah Tunas Harapan Pesuruhjaya Cawangan yang diadakan pada 25 hingga 27 Julai di Lakeview Jugra, Banting. Seramai empat orang murid telah dihantar untuk menjadi peserta. Mereka menjadi kebanggaaan sekolah kerana keempat-empat murid tersebut telah mendapat tempat bagi beberapa kategori pertandingan yang telah diadakan.



 Dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 166 orang, anugerah Kategori Buku Log Terbaik jatuh kepada:
-Asha Rania Bt Salehudin (Johan)
-Nur Anisa Nuha Bt Mohd Amin (Tempat ke-3) 
-Farah Nor Adlina Bt. Mohd Faizal (Tempat ke-5) 
-Dhiya Nor Aisyah Bt Mohd Roshdi (Tempat ke-17)

Kejayaan ini telah melayakkan mereka ke peringkat kebangsaan pada bulan Oktober 2019 nanti. Tahniah diucapkan.

Laporan oleh: Noriza Binti Md. Nor

No comments:

Post a Comment