Sunday, August 11, 2019

Selamat Pulang Nabil

Skuad B-15 kebangsaan kendalian P. Maniam selamat kembali ke tanahair selepas muncul Johan Kejuaraan AFF B-15 2019 dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand 2-1 pada aksi final di Chonbury Jumaat lepas. Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah bt. Mohd Ali serta PK HEM SKTPP; Pn. Rosmah bt. Jamat telah turut sama dengan keluarga pemain dan para pegawai FAM menyambut kepulangan wira-wira muda termasuk mantan murid hebat SKTPP; Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin. Tahniah Nabil dan rakan-rakan sepasukan, jurulatih dan para pegawai team Malaysia.

Alhamdulillah kami dapat berjumpa dan bergambar dengan Nabil serta ibu bapa dan keluarganya bersama kibaran bendera sekolah, Negeri Selangor dan Jalur Gemilang dengan bangga sekali. Well done Malaysia! Congratz!
























Gambar kami keluar di page FAM

Lagi laporan kehebatan Nabil di sini  dan di sini.

No comments:

Post a Comment