Taklimat Bidang Tugas Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu) telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 20 April hingga 22 April 2021. Program ini dilaksanakan di Ujana Ilmu, SK Taman Putra Perdana. Alhamdulillah, taklimat ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Ia disampaikan dengan penuh jayanya oleh para guru Ujana Ilmu iaitu Puan Arnny Yusnita, Cik Syahirah, Cik Amalina dan Puan Siti Maziah.
Objektif Program:
- Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
- Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin sekolah.
- Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
- Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
- Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.
Mudah-mudahan objektif ini dapat tercapai hasil daripada penganjuran program yang sangat penting dan berilmiah ini. Insya Allah...
Foto- foto yang telah diambil sepanjang taklimat dijalankan;
- Link: Buku Program
Puan Arnny Yusnita dan Cik Syahirah menyampaikan taklimat untuk Pengawas Ujana Ilmu sesi pagi
Cik Amalina dan Puan Siti Maziah menyampaikan taklimat untuk Pengawas Ujana Ilmu sesi petang
Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah menyampaikan cenderamata kepada guru-guru Ujana Ilmu yang menyampaikan taklimat
كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه
'Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya'.
(Hadis Riwayat Muslim)
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
'Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya'
(Quran, An-Nisa: 58)
Faridatul-Akmal binti Ismail
SK Taman Putra Perdana
No comments:
Post a Comment