Hari ini bermula pukul 1.20 petang hingga 1.50 petang, semua mentor bersama mentee Prasekolah dan mentee Tahap 1 telah menjalani Program Mentor Mentee. Semoga amalan guru penyayang ini akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.
Aktiviti yang dijalankan:
Prasekolah:-
Bidang: Peningkatan Disiplin Diri Murid
Tajuk: Budak Bestari
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1. mengetahui cara menyusun buku-buku dengan kemas
2. mengetahui cara menyusun barang permainan
3. memahami bahawa menolong ibu bapa adalah tanggungjawab mereka
Tahun 1:-
Bidang: Peningkatan Disiplin Diri Murid
Tajuk: Pengurusan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1. Menguruskan diri tanpa bantuan orang lain
2. menyedari tanggungjawab mengurus diri
3. mengenalpasti kemahiran asas penjagaan diri
Tahun 2:-
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Kawan Saya
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1. mengenali ahli kelompok
2. mewujudkan kejelekitan antara ahli
Tahun 3:
Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
Tajuk: Adab Berkawan
Objektif: pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1. mengetahui adab-adab berkawan dengan betul
2. memahami kepentingan mempunyai kawan
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:
Suasana ketika aktiviti mentor mentee dilaksanakan |
Dua orang mentee menanti arahan daripada mentor |
Semua mentee berdiri sebaik sahaja mentor masuk ke kelas |
Mentor memberi peluang kepada mentee menceritakan tentang kawan karib |
Semua mentee memberi tumpuan kepada penerangan daripada mentor |
Dua orang mentee sedang membentangkan hasil dapatan aktiviti yang dilaksanakan |
Mentee berasa bangga apabila dipilih oleh mentor ke hadapan |
Wakil mentee terpilih untuk berkongsi pengalaman |
Wakil mentee berkongsi pengalaman dengan mentee yang lain |
Sentiasa menjaga jarak dan memakai pelitup muka walau di mana berada |
Aktiviti mengemas buku |
No comments:
Post a Comment