... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, April 9, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-11 (Sesi Petang)


Guru bertugas :

1) Encik Hariz Safwan bin Yaccob (Ketua)

2) Puan Nor Rafini binti Othman (Penolong)

3) Puan Salina binti Mohd Tasu

4) Encik Mohd Hadri bin Ag Idris

5) Puan Nurazlin binti Mat Nor

6) Puan Rohani binti Mansor

7) Puan Rozimah binti Yaakob

8) Cik Zalina binti Ismail

9) Puan Suphasara Supranie A/P Airak (Cuti Bersalin)

10) Encik Muhammad Syahir bin Sjahrial (Guru Ganti)

Minggu ini merupakan minggu ke-5 sesi persekolahan sesi petang secara bersemuka. Alhamdulillah, murid- murid berdisiplin dalam mengikuti peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh KPM dan pihak sekolah. Murid juga kelihatan semakin selesa belajar dalam suasana norma baharu.

Murid-murid sentiasa diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan amalan penjagaan kebersihan semasa berada di dalam kelas dan sekolah. Murid- murid juga sentiasa diberi kesedaran untuk tidak berjabat tangan dan bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan dan orang di sekeliling. Selain daripada itu, mereka juga diingatkan untuk menjaga SOP di dalam kenderaan terutamanya van sekolah.  

Hal yang sering ditekankan kepada setiap murid dan penjaga adalah untuk memastikan murid-murid tidak bergejala seperti demam, batuk dan selsema sebelum dihantar ke sekolah.

Berikut dipaparkan beberapa gambar suasana persekolahan sepanjang minggu ke-11.

Murid diambil bacaan suhu badan setiap kali hadir ke sekolah.

Murid-murid beratur untuk membeli makanan di dewan dan dipantau oleh guru bertugas. Kemudian, murid akan makan di dalam kelas dengan seliaan guru.

Kerjasama daripada ibu bapa, guru dan murid-murid amat diharapkan dalam menjalani persekolahan dengan norma baharu bagi memastikan segala usaha mengawal penularan wabak COVID-19 dapat berjalan dengan jayanya.

Laporan disediakan oleh:
Nor Rafini binti Othman

No comments:

Post a Comment