Tahniah dan syabas di ucapkan kepada 60 orang ahli PRS yang telah berjaya mengikuti Kursus Pengenalan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pada hari ini. Kursus ini telah diadakan secara berasingan bagi PRS sesi pagi dan sesi petang. Kursus bagi PRS sesi pagi telah diadakan di Teminal Muafakat bermula dari pukul 7.50 pagi hingga 9.30 pagi. Kursus untuk PRS sesi petang pula telah dijalankan di Terminal Terabait bermula dari pukul 1.40 hingga 3.20 petang. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhmya oleh guru-guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP.
Antara objektif utama program ini diadakan adalah supaya:
i) Dapat membina satu kumpulan murid yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif
ii) Ahli PRS akan menjadi salah satu wadah bagi murid lain berkongsi dan mencurahkan perasaan yang tidak dapat dikongsikan dengan orang dewasa.
iii) Ahli PRS berkeupayaan membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenal pasti rakan-rakan mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.
Semoga dengan kursus pengenalan PRS ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri ahli-ahli PRS bagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. dan berpegang kuat dengan falsafah PRS "Bantu diri untuk membantu orang lain"
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung..
Banner program disediakan oleh Cikgu Rusydan
PRS sesi petang kusyuk mendengar ceramah
No comments:
Post a Comment