Monday, November 29, 2010

Jemputan ke Bengkel ICT 2010

Salam sejahtera,

(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Bengkel ini diadakan sebagai salah satu program untuk menambah kemahiran ICT dalam kalangan murid terutama kemahiran menggunakan software Powerpoint, Publisher dan Blogging.  Ketiga-tiga software ini amat penting dalam kehidupan seorang pelajar untuk membina slide-slide persembahan atau buku skrap digital terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Kemahiran Hidup dan sebagainya.

Oleh itu, kepada ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak menyertai Bengkel ICT ini, sila daftarkan nama anak tuan/puan di Pejabat sekolah mulai 30 November - 14 Disember.  Tempat adalah terhad kepada 20 orang peserta sahaja.

Bengkel ini akan diadakan pada :

Tarikh   :  20 - 21 Disember 2010
Masa    :  8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Bayaran : RM50.00
Tempat :  Makmal Komputer 1
               SK Taman Putra Perdana

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh e-melkan pertanyaan tuan/puan  kepada sktmnputraperdana@gmail.com.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment