Tuesday, November 9, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 41-SESI PETANG

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN – 8/11/2010.
Guru Bertugas :
1. Puan Saadiah bt Busrah
2. Puan Rashidah bt Mahmad
3. Puan Siti Baizura bt Saarani
4. Puan Azlina bt Mat Isa
5. Puan Noraida bt Zakaria
6. Puan Nor Arzah bt Hussin
7. Encik Ezol Fitri bin Ahmad Muniran

Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Upacara menaikkan bendera oleh Unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah.

Bacaan doa oleh : Adik Abdul Wafy bin Helmy
Bacaan ikrar murid oleh : Adik Nur Qharifah Fiqah bt Zaini

Perkataan LAWAD :
Bahasa Melayu : MENUNTUN
Bahasa Inggeris : HOP (Melompat)
Bahasa Arab : AL-FUTHUR (Sarapan pagi)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas – Puan Nazahiyah
1. Beliau mengingatkan murid-murid supaya membawa buku tulis kerana pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti biasa.
2. Beliau menegur salah guna pemadam yang dijadikan gasing untuk bermain. Ini boleh menyebabkan pembaziran.

Penyampaian Hadiah dan Sijil.
(A) Hadiah Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster (Hari Kanak-Kanak)














(B) Hadiah Program Galakan Membaca Siri Ke 3.
Tahun 4 : Nur Diny Athirah bt Razeen – 20 buah buku
Tahun 3 : Nurul Nadiah bt Abdul Aziz – 68 buah buku
     Tahun 2 : Nur Syafiqah bt M. Hussin – 90 buah buku

(C) Sijil Renjer Alam Sekitar (Program Kitar Semula)
1. Rosnaida Husna bt Roslan ( 4 Unix )
2. Nurul Atikah bt Mohd Asri ( 4 Unix )
3. Nur Ayuni bt Ariff ( 4 Midori )
4. Kamal Aizam bin Kamarulzaman ( 4 Windows )
5. Muhammad Miza A’sri bin Hassan ( 4 Linux )

Ucapan Penolong Kanan Petang – Puan Siti Hanim bt Sungit
1. Beliau mengingatkan sekali lagi tentang membawa buku semasa sesi persekolahan kerana pengajaran dan pembelajaran adalah seperti biasa sehingga berakhir sesi persekolahan 2010.
2. Beliau memberitahu murid-murid sekolah akan menjalankan Hari Jalinan Mesra pada Jumaat – 12 November 2010. Semua murid hadir ke sekolah pada sesi pagi bersama ibu bapa. Sesi persekolahan petang ditangguhkan.
3. Beliau juga menyatakan pada minggu hadapan akan diadakan Hari Anugerah Cemerlang iaitu 15 dan 16 November 2010. Majlis ini hanyalah untuk murid-murid yang menerima hadiah sahaja yang akan hadir pada sesi pagi persekolahan. Murid-murid yang tidak terlibat tidak perlu hadir. Sesi persekolahan pada tarikh tersebut ditangguh.
4. Beliau juga memaklumkan Hari Orientasi Tahun 1 2011 akan diadakan pada Sabtu – 13 November 2010.

No comments:

Post a Comment