Murid 2013

... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA...SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA...SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA...SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA...SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA...SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA... SELAMAT BERPUASA...

Monday, November 1, 2010

TOKOH KANAK-KANAK SK TAMAN PUTRA PERDANA 2010 - SESI PAGI




BIODATA DIRI
Kanak-kanak ini dilahirkan pada 23 April 1998 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Merupakan anak sulung dalam keluarganya dan satu-satunya anak lelaki daripada tiga orang adik-beradik. Ibunya, Puan Ida Rosna Binti Ibrahim seorang pegawai di sebuah syarikat swasta. Ayahnya pula seorang kontraktor sering berada di luar kawasan.

Menyingkap latar belakangnya, kanak-kanak ini bercita-cita untuk menjadi seorang Peguam SyaraiƩ apabila dewasa nanti. Beliau menyukai pelajaran Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam. Beliau menamatkan pembacaan al-Quran secara rasmi pada bulan April tahun 2009. Walaupun begitu, beliau masih meneruskan pembelajaran al-Quran dengan guru-guru agama di Sekolah Rendah Agama Ayer Hitam.

Selain itu, kanak-kanak ini selalu membantu ibu membuat kerja-kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk di dapur. Beliau sedar ibunya perlu dibantu di rumah setelah penat bekerja mencari rezeki dari pagi hingga ke petang. Kerja-kerja pembersihan rumah dan membeli barang-barang keperluan di kedai berhampiran juga turut dibuatnya dengan rela. Pendek kata, kanak-kanak ini menjadi orang kanan ibunya pada ketika ayahnya berada di luar kawasan.

Buku cerita pengembaraan Harry Poter dan buku bukan fikyen, laras sains contohnya menjadi bahan bacaannya.  Selain itu, siri kartun Phineas and Ferb  turut menjadi pilihannya. Tidak ketinggalan siaran Buletin Utama yang disiarkan oleh sebuah stesen terkemuka menjadi tontonannya. Menurutnya, kanak-kanak perlu mengetahui hal ehwal yang berlaku di dalam negara mahupun di luar negara dalam usaha menjadi ahli masyarakat yang berpengetahuan dan bermaklumat.

Sebagai anak sulung, kanak-kanak lelaki ini tampil mewakili ayahnya menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di tempat tinggalnya.  Pada usia seawal 12 tahun, kanak-kanak  ini sudah melibatkan diri secara aktif dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan kenduri-kendara.  Beliau tidak culas dan tidak segan menyapu sampah, membuang sampah, dan membersihkan longkang yang sudah pasti baunya amat tidak menyenangkan. Kanak-kanak ini juga tampil menghulur khidmat dalam usaha membanteras denggi di kawasan tempat tinggalnya. Beliau sedar  persekitaran yang kotor mengundang banyak masalah kepada ahli masyarakat umumnya dan ahli keluarga khususnya.


Seterusnya, kanak-kanak ini turut mengimarah surau di tempat tinggalnya. Beliau meluangkan masa untuk bersolat fardhu Maghrib dan Isya secara berjemaah tatkala kanak-kanak lain leka menonton televisyen dan melayari internet di rumah. Suaranya juga sering berkumandang di ruang udara melaungkan azan mengingati umat Islam agar segera menunaikan perintah Allah subhanahuwataala. Kesedaran ini timbul kerana beliau sering mengikuti ayahnya sejak kecil lagi menunaikan solat secara berjemaah di masjid ataupun di surau. Pada bulan Ramadhan pula, kanak-kanak ini tidak melepaskan peluang menggandakan pahalanya secara sukarela menjadi bilal bagi solat sunat Tarawih. Di sekolah pula, kanak-kanak ini selalu ke hadapan mengetuai bacaan doa dalam perhimpunan rasmi mingguan sejak berada dalam tahun empat lagi. Kanak-kanak ini  ialah MUHAMMAD SYAZWAN BIN SARIF KAMAL.

2 comments:

  1. tahniah syazwan..
    kami gelarnya Imam muda..:D

    ReplyDelete
  2. Pilihan yang tepat dan calon yang sememangnya layak. Pernah mengajarnya pada tahun 2008. seorang murid yang berhemah tinggi dan luhur budi pekerti. Tahniah, Syazwan!

    ReplyDelete