Tuesday, November 2, 2010

Pemberitahuan : Hari Graduasi Tahun 6 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa majlis Graduasi Putera Puteri Tahun Enam 2010 akan diadakan seperti butiran di bawah ini:
                                               
                                Tarikh    :               18 November 20010(Khamis)
                                Masa     :               Pukul 7.45 pagi hingga 1.05 petang
                                Tempat  :               Dewan SK Taman Putra Perdana.

Sehubungan itu, untuk memeriahkan lagi majlis tersebut murid-murid bolehlah merakamkan kenangan dengan menyarung jubah dan ‘mortar  board’ yang akan disediakan oleh pihak sekolah secara sewaan.  Pemakaian jubah dan ‘mortar board’ ini tiada paksaan.  Bayaran yang dikenakan adalah RM20.00 termasuk sekeping gambar semasa murid menerima sijil di atas pentas. Bagi murid-murid yang mahu merakamkan gambar tanpa jubah dan ‘mortar board’, bayaran dikenakan RM10.00 sahaja.

Sekiranya anak tuan / puan berminat untuk menyewanya, sila penuhkan keratan dalam surat yang akan diedarkan dan kembalikan borang berserta wang kepada Cikgu Ruby atau Cikgu Mazzaini selewat-lewatnya pada                   10 November 2010(Rabu).

Contoh jubah sewaan adalah seperti berikut :


No comments:

Post a Comment