Monday, November 1, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (SESI PAGI) MINGGU KE 34

Tarikh: 1 November 2010

- BSMM menaikkan bendera bagi nyanyian 3 buah lagu.
- Bacaan doa oleh pengawas yang bertugas
- Bacaan ikrar Rukunegara oleh guru bertugas, En Kamarul Zaman
- Laporan guru bertugas:
En Pazli menasihati agar murid tidak melalui dataran perhimpunan serta mengawal disiplin diri.

Penyampaian pingat kepada pemenang acara taekwando yang menjadi johan bagi Daerah Sepang.
1) Noraisyah bt Norazman
2) Hanif Hanafi

Ucapan Guru Besar.
-Guru besar menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak dan wajib untuk menghadiri sekolah berdasarkan akta pendidikan 1996 dan 2003.
- Selain daripada itu, guru besar menceritakan sejarah pada zaman jahiliah yang mana anak-anak perempuaan dibunuh manakala anak lelaki dijaga untuk renungan murid-murid.

Pembacaan biodata serta penganugerahan tokoh kanak-kanak Tahun 2010
- Anugerah diberikan kepada Adik Mohd Syazwan bin Sarif Kamal dari kelas 6 Stanum. ini adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Acara diteruskan dengan Perasmian Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah.
- Acara pakaian beragam dari murid tahun 1,5dan 6
- Tarian dari kumpulan flower girls
- Tarian dari murid tahun 1 kumpulan cute girls
- Nasyid dari 2 buah kumpulan nasyid.
- Tarian India dari murid tahun 6 Kuprum.
- Nyanyian individu dari beberapa orang murid.

- Acara penyampaian hadiah kepada pemenang -pemenang aktiviti nasyid dan azan bagi murid tahun 6 yang telah diadakan pada minggu lepas.

Akhir sekali semua murid beratur mengikut kelas masing-masing sementara guru kelas mengagih-agihkan makanan dan minuman percuma kepada murid-murid.

No comments:

Post a Comment