... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 21, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 (SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 ( SESI PETANG )

Hari : Isnin
Tarikh : 20 Jun 2011
Masa: 6.10 petang - 6.40 petang


GURU BERTUGAS

1) Pn. Arnny Yusnita
2) Pn. Norlida
3) Pn. Aznita
4) Pn. Suzelawati
5) Pn. Azlin

6) Pn. Arzah
7) En. Rusydan

LAPORAN / ULASAN

1. Nyanyian lagu Negarak
u, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh adik Muhammad Firdaus b Fauzan dari kelas 3 Nyatoh.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Suzelawati.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Aniq Iqbal b Zulkarnain dari kelas 3 Seraya


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN. NOOR HAFIZAN BT CHE ABD RAHMAN)

Beliau memberi peringatan dan teguran kepada murid-murid tentang 2 perkara:

1. Suasana bilik darjah yang terlalu bising semasa pertukaran guru untuk mata pelajaran yang
berikutnya. Murid-murid dinasihatkan agar mengisi masa dengan membaca buku.

2. Murid-murid hendaklah menggunakan tangga yang betul yang telah dikhususkan untuk tahun
masing-masing semasa naik dan turun dari kelas. Murid tahun 3 hendaklah menggunakan
tangga UKM, tangga USM untuk murid tahun 2 dan tangga UUM untuk tahun 1. Peraturan ini
hendaklah dipatuhi oleh semua murid untuk mengelak sebarang kemalangan dan kecederaan
yang tidak diingini.


PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH


Penyampaian sijil dan hadiah kepada kelas yang terbersih oleh En Rosdin.
Tahun 1 : Beta ( Guru Kelas : Pn Suhaizan)
Tahun 2 : Alza ( Guru Kelas : Pn Zabedah)
Tahun 3 : Meranti ( Guru Kelas : Pn Suryana)


UCAPAN GURU BERTUGAS (PN. SUZELAWATI)

Tema : Yakin Boleh

Ringkasan ucapan:

Yakin bermaksud betul-betul percaya. Boleh bermaksud dapat atau mampu atau berkeupayaan.
Apabila dua perkataan ini digabungkan ia membawa maksud percaya bahawa diri mampu untuk melakukan sesuatu atau dengan kata lain, kepercayaan kepada diri sendiri menjadi dorongan untuk kita berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Perasaan yakin membuka ruang untuk kita bertanya, menjawab dan bersedia untuk menghadapi rintangan atau peperiksaan.


LAWAD:


Bahasa Melayu : Deras ( laju )

Bahasa Inggeris : Garden ( taman )

Bahasa Arab : Quratussallati ( bola keranjang )



UCAPAN ENCIK ROSDIN B IBRAHIM ( PENOLONG KANAN PETANG)

Beliau telah menekankan 3 perkara:

1) Semua murid diminta agar menjaga disiplin terutama sekali semasa berada di Dewan
Perdana dan Dewan Putra pada waktu tengahari dan selepas rehat. Keadaan yang terlalu
bising akan mengganggu murid-murid lain yang sedang belajar.

2) Beliau menasihatkan semua murid agar menghormati dan mematuhi arahan yang diberikan
oleh pengawas-pengawas yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Beliau juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pengawas yang telah menjalankan tugas dengan baik.

3) Beliau juga menasihatkan murid-murid agar menanam sikap yakin boleh dalam menimba ilmu
pengetahuan. Sikap ini boleh membantu murid-murid berjaya dalam pelajaran.








No comments:

Post a Comment