Thursday, June 30, 2011

Program Peningkatan UPSR : Teknik Menjawab Subjek UPSR (Fasa 2)

Seperti yang telah dirancangkan, Unit bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama bersama AJK Peningkatan UPSR 2011 telah berjaya melaksanakan program teknik menjawab subjek UPSR untuk kali kedua bagi tahun ini.

Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kelas Alamanda, Carnation, Daisy dan Gardenia dalam Kumpulan 1, manakala kelas Lotus, Lily, Orkid, Tulip dan Iris dalam Kumpulan 2.  Semua murid telah berjaya mengikuti 4 sesi teknik mengikut jadual yang berikut :

Isnin, 27 Jun - Subjek B.Inggeris dan B.Melayu
Selasa, 28 Jun - Subjek Matematik
Rabu, 29 Jun - Subjek Sains

Kesemua sesi teknik ini dijalankan di Bilik Mesyuarat SKTPP, dengan menjemput guru-guru pakar dan ketua pemeriksa dari sekolah-sekolah daerah Sepang ini.

Galeri gambar sepanjang sesi berlangsung.












Semoga usaha semua pihak dapat memberi pertambahan input dan memahirkan  penguasaan murid dalam usaha untuk menghadapi UPSR September kelak.


No comments:

Post a Comment