... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 20, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 22 (SESI PAGI)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 22(SESI PAGI)
Hari : Isnin
Tarikh : 20 Jun 2011
Masa : 7.30 pagi- 8.00 pagi

GURU BERTUGAS
Pn. Noriza Md. Nor (K)
Pn Norli Hassan
Pn Mazzaini Muda
Pn Saadiah Busrah
Pn Siti Mahfudzah
En.Zainuddin Kalam

LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Norli Hassan
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Hafiz
5. Bendera dinaikkan oleh pasukan Pengakap sekolah.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (Pn. Norhana Nordin)
Mengulas dan membuat teguran mengenai tindakan murid meninggalkan gelas dan pinggan yang telah digunakan di atas meja. Sepatutnya perlu dimasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan. Murid-murid juga didapati meninggalkan plastik atau kertas bungkusan makanan di atas meja. Murid diingatkan membuang sampah ke dalam tong sampah.
Murid -murid tahun 6 diingatkan supaya menggunakan masa dengan bijaksana kerana peperiksaan UPSR semakin hampir.
PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH
Penyampaian sijil kelas terbersih dan hadiah kepada kelas yang telah 3 kali berturut-turut menjadi juara oleh Pn Jamilah Ariffin.
4- Tiung
5- Xenix
6- Carnation

UCAPAN GURU BERTUGAS ( PN Norli)
Tema : Yakin Boleh

Ringkasan ucapan:
Yakin bermaksud betul-betul percaya
Boleh bermaksud dapat/ mampu / berkeupayaan
Digabungkan dua perkataan membawa maksud percaya bahawa diri mampu untuk melakukan sesuatu atau dengan kata lain. kepercayaan kepada diri sendiri menjadi dorongan untuk kita berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Perasaan yakin membuka ruang untuk kita bertanya, menjawab dan menghadapi rintangan atau peperiksaan.

LAWAD hari ini:
Bahasa Melayu – Deras (laju)
Bahasa Inggeris – Garden (taman)
Bahasa Arab – Quratussallati (bola keranjang)

UCAPAN GURU DISPLIN( Pn Zaleha)
Murid -murid diingatkan agar tidak merayau semasa waktu rehat ketika kelas-kelas lain sedang menjalankan P&P. Mereka perlu berada di kantin, kawasan dewan atau perpustakaan. Murid dicadangkan membawa buku untuk bacaan atau mengulang kaji.

UCAPAN PK HEM (Pn. Jamillah Ariffin)
Murid diminta supaya berpakaian kemas semasa hadir ke sekolah dan mematuhi peraturan sekolah. Beliau menggalakkan agar murid-murid prihatin dan menegur rakan -rakan yang melakukan kesalahan demi kebaikan bersama.



No comments:

Post a Comment