Monday, June 13, 2011

Program Peningkatan UPSR 2011 : Program 'Peptalk'

Program ini telah dimulakan sejak Januari 2011.  Setiap kelas berpeluang untuk mendengar nasihat, teguran dan motivasi daripada Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki, mengikut jadual yang telah disediakan.  Program ini dijalankan selama 30 minit setiap hari Isnin selepas perhimpunan rasmi.

Antara objektif program ini adalah untuk :
1. memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya pendidikan dewasa kini.
2. memotivasikan murid-murid, agar lebih berminat untuk belajar.
3. memberi galakan dan nasihat sebagai sokongan kepada murid SKTPP

Berikut adalah paparan gambar sesi peptalk yang dijalankan pada hari ini (13 Jun 2011) :







Semoga segala usaha yang dilakukan, mendapat manfaat yang maksima kepada murid-murid tahun 6, dalam usaha membantu mereka mancapai kejayaan yang terbaik untuk diri sendiri dan sekolah secara amnya.

No comments:

Post a Comment