... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, May 22, 2011

Laporan Pertandingan Perekacipta Muda (ITEX2011)


(ITEX 2011)
DI KL CONVENTION CENTRE 
PADA 20 – 22 MEI 2011

Pameran dan Pertandingan Inovasi & Rekacipta peringkat antarabangsa atau ITEX 2011 yang sangat berprestij ini dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS).

Ia adalah merupakan salah satu acara di mana perekacipta-perekacipta dari seluruh pelusuk dunia termasuk penyertaan daripada universiti-universiti, pusat-pusat penyelidikan, badan-badan korporat, pusat kemahiran, sekolah-sekolah dan orang perseorangan menyumbangkan idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang sains untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta atau menemui sesuatu yang baru.

ITEX ini juga merupakan salah satu laluan dan platform kepada perekacipta untuk mengkomersilkan ciptaan atau penemuan mereka kepada orang ramai.


Pada tahun 2011 ini rekacipta 'Wind Energy System' (W.E.S) yang dihasilkan oleh murid dan guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah terpilih untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh "Asian Young Inventors Exhibition 2011" atau singkatannya AYIE.


Negara-negara yang terlibat dalam pertandingan ini ialah negara China, Hong Kong, Iran, Korea, Philiphina, Rusia, Arab Saudi, Sri Langka, Taiwan, Vietnam dan negara Malaysia sendiri.


Tiga orang murid terlibat dalam projek W.E.S ialah Raimi bin Ridzuan, Sanjay Devadass dan Amirah Yasmin.  Manakala guru-guru yang terlibat ialah Pn Khaironajmi, Pn Parimala, Pn Rubiaton, Pn Salwana, Pn Holwani, Pn Visva, Pn Diana, En Kamarul, En Rusydan, En Pazli, Pn Shyamala (GPK Kokurikulum) dan Guru Besar sendiri iaitu Encik Sukimin bin Juki.


Dalam pertandingan ini, rekacipta W.E.S telah berjaya meraih 3 anugerah iaitu:
1. Gold Award untuk Invention Wind Sistem Energy
2. Silver Award untuk Best Invention for Primary School
3. Best Invention Award drpd Hong Kong Invention Assosiation (Asian Young Inventors Exhibition)



Projek ini juga telah mendapat tajaan daripada pihak Microsoft dan OKI. Jutaan terima kasih kami ucapkan.


Berikut sedikit gambar-gambar yang dirakam sepanjang pertandingan  ini:


 Lawatan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan InovasiY.B. Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof 
bersama Tan Sri Datuk Dr. Augustine S.H. Ong (Academician Emeritus Professor)

 Pihak media turut mengambil gambar 

Tapak pameran SKTPP

 Sanjay, Raimi dan Yasmin tidak putus-putus memberi penerangan kepada pengunjung yang datang dari pelbagai negara

 Anugerah pertama yang diterima : Gold Award for Invention W.E.S

 Bergambar bersama sebahagian guru yang terlibat

 Anugerah kedua dan ketiga diberikan semasa malam penutup ITEX2011

3 piala dan sijil anugerah yang diterima 



Raimi bin Ridzuan

 
Sanjay Devadass


 
Amirah Yasmin bt Mohd Azmir
Masing-masing bergambar bersama piala kemenangan

:::TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU, MURID & PIHAK LAIN YANG TERLIBAT:::
dan jutaan terima kasih kepada semua warga SKTPP yang sentiasa mendoakan kejayaan murid SKTPP

*  Untuk melihat lebih banyak paparan gambar warna warni pertandingan, sila klik di sini
**Untuk melihat lebih paparan gambar kemenangan, sila klik di sini


No comments:

Post a Comment