... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 28, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KE-23 (SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KE-23 (SESI PETANG)


LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 23 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 27 Jun 2011
Masa : 6.10 petang - 6.40 petang

GURU BERTUGAS
Puan Zabedah bt Othman (K)
Puan Nor Khusaini bt Salehudin
Puan Norholwani bt Yahaya
Puan Ainul Balkhish Binti Mohd Aris
Puan Nazahiyah Bt Ab Rahman
Puan Ahmad Zunaidi Bt Janalabin
Puan wan Sarinah Bt Wan Ibrahim

LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh Muhammad Irfan dari kelas 3 Jati.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Norholwani bt Yahaya 4. Bacaan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal B.Zulkarnain

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (SUZELAWATI BT ZAKARIA)
1.Murid masih bising semasa waktu peralihan iaitu semasa pertukaran guru.
2.Murid yang sakit masih lagi datang ke sekolah walaupun telah diingatkan beberapa kali.




LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia - Terbit
Bahasa Inggeris - Noodle (Mi)
Bahasa Arab – mila’qatun ( Sudu)


UCAPAN GURU BERTUGAS (PUAN NORHOLWANI BT YAHAYA)
1.Memperkenalkan nama guru yang bertugas pada minggu ini.
2.Tema minggu ini (JUJUR PADA DIRI SENDIRI).
3.Meminta supaya semua murid jujur pada diri kerana jujur adalah sikap yang sangat baik. Contohnya ialah tidak meniru semasa peperiksaan.
4.Memberitahu bahawa jujur juga adalah sikap yang mulia. Jika diamalkan akan disayangi dan dihormati oleh semua orang.

KELAS TERBERSIH
Penyampaian sijil kelas terbersih.
Tahun 1- 1 Lambda
Tahun 2- 2 Alza
Tahun 3- 3 Cengal

PENGUMUMAN
1. Pada hari Sabtu (2.7.2011) murid datang ke sekolah pada waktu pagi dan berpakaian sukan.
2. Guru kelas dikehendaki menghantar borang larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia kepada Puan Nazahiyah bt. Ab. Rahman selewat-lewatnya hari Selasa (28.6.2011)
3. Hari Jumaat akan diadakan sambutan Israk Mikraj.

UCAPAN GURU DISIPLIN (PUAN YANI BT SHARIF)
1.Mengingatkan murid supaya tidak menggunakan pintu pagar A semasa datang dan balik kecuali murid yang berjalan kaki dan berbasikal sahaja.
2.Mengingatkan murid supaya sentiasa menutup suis lampu dan kipas setiap kali keluar dari kelas. Terutama kelas @ Iswara dan 1 Beta. Tidak tutup suis kipas semasa keluar pada waktu Pendidikan Jasmani.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG (EN.ROSDIN BIN IBRAHIM)
1.Memberi peringatan kepada murid-murid bahawa sekolah adalah tempat untuk mendapat ilmu dan menjadi seseorang yang berguna.
2.Mengulas mengenai tema minggu ini iaitu 'Jujur Pada Diri Sendiri'.
3.Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan. Jika Nampak sampah, ambil dan buang ke dalam tong sampah.
4.Mengulas mengenai Israk Mikraj.


Laporan disediakan oleh : Puan Nor Khusaini bt Salehudin

No comments:

Post a Comment