... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 25, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-23 (SESI PAGI)

Hari    :  Isnin
Tarikh :  25 Jun 2012
Masa  :  7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas;
1. En.  Zaidi Bin Mahmat
2. En. Mahadir b. Midun
3. Pn. Nurliza bt Abd. Rahman
4. Pn. Astina bt. Mahad Nor
5. Pn. Rosmawati  bt. Md. Desa
6. Pn. Azwani bt. Mohamed Noordin @ Noordin
7. Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad
8. Pn. Rubiaton bt. Ibrahim

Laporan/Ulasan :

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
    a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
    b) Bacaan doa oleh Kamal Aizam (6 Xenix)
    c) Bacaan Ikrar Rukunegara (Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad) dan Ikrar Murid (Atiqah An-Nur
        bt. Zainudin).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu ke-22 (Pn. Juli bt. Mahbah)
    a) Pn.Juli mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada murid-murid SKTPP yang telah
        bekerjasama menjaga disiplin dan mematuhi peraturan sekolah.
    b) Murid diingatkan supaya tidak berpura-pura sakit untuk mengelakkan diri berada di dalam kelas.
        Sekira ada murid yang sakit, sila maklumkan kepada guru kelas dan guru yang bertugas.
    c) Murid perlu tanamkan sikap menjaga kebersihan diri dan kebersihan sekolah. Sebagai contoh, 
        apabila murid terjumpa atau melihat sampah di dalam kawasan sekolah, sila buangkan ke 
        dalam tong sampah.
    d) Program Mentor Mentee akan dijalankan pada hari Selasa (26 Jun 2012) pukul 9.00 hingga
        9.30 pagi

3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kecerian Kelas
    Kelas PPKI - Cekal
    Tahun 4 - 4 Jati
    Tahun 5 - 5 Merbok
    Tahun 6 - 6 Windows

4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini (Pn. Siti Rabiaah bt. Mohammad)
    a) Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
    b) Tema minggu ini : BUDAYA MEMBACA
         - Kita perlu tanamkan minat dan budaya membaca di dalam diri kita. Sikap suka membaca 
           adalah satu amalan yang perlu diterapkan dalam diri setiap manusia tidak kira dewasa atau 
           kanak-kanak.
         - ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama tentang bagaimana  cara menanam budaya 
           minat membaca dalam diri. Antaranya;
           a) cari bahan bacaan yang kita minati
           b) amalkan sifat suka  membaca perlahan-lahan
           c) berkawan dengan mereka yang suka membaca
           d) laburkan duit untuk beli buku bermanfaat
           e) jadikan ia sebagai satu tabiat       
         - Sebagai kesimpulan, apabila banyak membaca kita akan dapat menambahkan ilmu
           pengetahuan. Ilmu yang diperolehi perlu dikongsi dan jangan pula kita berbangga diri.
         - Minat dan budaya suka membaca boleh dipupuk dalam diri untuk menjadikan kita
            seorang yang cemerlang di dunia dan di akhirat

     c) Minggu ini, murid Tahun 6 menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR 1 bermula hari
         Isnin hingga  Rabu.

    - Perkataan LAWAD:
           Bahasa Melayu : Hajat (keinginan, kehendak, niat)
           Bahasa Inggeris : Vegetarian (makan hanya sayuran sahaja)
           Bahasa Arab : Mukhtalifatun (Pelbagai)

- Perhimpunan berakhir pada pukul 8.00 pagi

Disediakan oleh :
Pn. Azwani bt. Mohamed Noordin @ Noordin

No comments:

Post a Comment