Monday, June 25, 2012

Sambutan Israk Mikraj 2012 - Sesi Petang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Bulan Rejab mengingatkan kita kepada peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Israk Mikraj bukan sekadar peristiwa  biasa tetapi ianya mempunyai hikmah dan mesej yang cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya. Peristiwa tersebut seharusnya membuka pemikiran dan cita-cita manusia sejagat sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah SWT ke atas sekalian makhluknya dan kebenaran kenabian Muhammad SAW.


Setiap tahun sekolah akan mengadakan aktiviti untuk memperingati peristiwa tersebut. Pertandingan mewarna, tulisan jawi cantik dan tulisan khat menjadi aktiviti sambutan kali ini. Semua pertandingan diadakan selepas rehat di kelas masing-masing. Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga beserta saguhati. Hadiah disampaikan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Jamilah bt Ariffin. 


Pihak Panitia Pendidikan Islam merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan rakan-rakan seperjuangan atas kerjasama dalam menjayakan sambutan ini. 


Berikut antara kenangan yang sempat dirakam lensa kamera..













No comments:

Post a Comment