Wednesday, June 20, 2012

PERTANDINGAN PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN MUSOLLA (SK)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pertandingan pengurusan dan pengimarahan surau/musolla serta bilik j-QAF daerah Sepang diadakan setiap tahun untuk melihat pengurusan dan penggunaan bilik-bilik khas tersebut secara berterusan. Ia dinilai melalui pengurusan dan perancangan, pelaksanaan aktiviti dan pengimarahan, pengurusan peralatan, keceriaan dan kebersihan. Bagi tahun ini, para hakim telah mengadili semua sekolah dan sekolah yang mendapat tempat pertama akan mewakili daerah di peringkat negeri.

Alhamdulillah pada tahun 2012, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah memenangi tempat ketiga untuk pertandingan pengurusan dan pengimarahan Musolla (SK) daerah Sepang. Tahniah dan ucapan terima kasih kepada penyelaras surau, Ustazah Norlida dan Ustazah Nor Fairuzah serta rakan-rakan dan warga SKTPP yang membantu secara langsung dan tidak langsung.


1 comment: