Wednesday, June 27, 2012

SUKAN TARA SUKAN TAHUNAN 2012


Pada hari ini, 27 Jun 2012 murid-murid tahap 2 dan guru-guru sesi pagi terlibat dalam acara Sukan tara sempena Sukan Tahunan SKTPP kali ke-9 yang bakal berlangsung pada 8 Julai 2012.  Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan sukan tahunan yang diadakan pada tahun ini.

Untuk pertama kali pada tahun ini diperkenalkan sukan tara (standard sport) bagi memberi peluang kepada setiap ahli rumah berpeluang menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Bagi murid tahap 2, acara yang dijalankan ialah larian 100 meter dan acara lontar peluru. Tempoh masa 18 saat ditetapkan untuk acara larian 100 meter. Andainya murid berjaya menamatkan larian 100 meter dalam tempoh tersebut, satu mata akan diperoleh untuk disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing.

Ahli-ahli rumah sukan yang hadir diberi 0.5 mata, syabas kepada mereka hadir dan telah menyumbang mata kepada rumah sukan pada hari ini.  Namun ada rumah sukan yang tidak sempat menghabiskan kedua-dua acara sukan tara kerana cuaca tidak mengizinkan. Acara ini akan disambung pada hari Khamis 28 Jun 2012.


Warna-Warni Sukan tara 2012
acara larian 100 meter bagi rumah Nilam (Hijau)
acara lontar peluru bagi murid rumah Delima (Merah)

peserta rumah Akik (Oren) bersedia untuk acara larian

En Shah bersedia melepaskan peserta larian

peserta rumah Topaz (Biru) memulakan larian bagi mengejar masa 18 saat

Puan Mazzaini mengawal murid rumah Nilam membuat lontaran

menunggu giliran untuk acara larian

murid menunggu giliran menyertai acara sukantara di bawah khemah yang disediakan

wajah ceria peserta rumah Delima (Merah) sebelum memulakan acara

Cikgu Fazli, Cikgu Asmawati dan Cikgu Rosmawati menjalankan tugas sebagai hakim lontar peluru

Semoga Sukan Tahunan Kali Ke-9 pada tahun ini akan berjalan lancar dan penuh kemeriahan.
untuk lebih paparan gambar di Facebook SKTPP, klik di sini

No comments:

Post a Comment