Friday, June 22, 2012

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI SEPANG

Karnival Sains dan Teknologi peringkat daerah Sepang telah diadakan di SMK Teknik Sepang pada 21 Jun 2012. SKTPP telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Eureka, dan Saintis Muda. Alhamdulilah, wakil EUREKA SKTPP ; Irfan Aqil, Nur Alya, Amirul Sofi dan Nurul Nadiah, telah berjaya menambat hati hakim-hakim dengan mempamerkan keunikan dan ciptaan penuh berinovasi sehingga ditabal menjadi JOHAN.

Ciptaan "SKTPP Modern Beach House" telah terpilih mewakili daerah Sepang untuk ke peringkat negeri. Walaupun, kejayaan bukan milik Saintis Muda Ilham dan Alia, namun ketekunan dan kesungguhan yang dipamerkan dalam mengharungi 5 cabaran eksperimen, sangat membanggakan. 

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya memberi komitmen yang baik dan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang banyak memberi dorongan, sokongan dan bantuan dalam pelbagai aspek. 


Senyuman kemenangan daripada semua peserta SKTPP.

Peserta EUREKA yang HEBAT; Nadiah, Alya, Amirul dan Irfan

Luaran tanpak ringkas namun sangat efisien dan berinovasi.
Kerjasama yang baik antara peserta
Penerangan akhir sebelum pembentangan slaid.
 Semoga kejayaan terus mengiringi pasukan sekolah kita. InsyAllah.

1 comment:

  1. Tahniah.. tahniah... tahniah!!
    Usaha yang bukan sedikit dileburkan demi kejayaan ini. Saya hanya boleh menumpang rasa bangga atas kejayaan manis ini. :-)

    ReplyDelete