Monday, June 25, 2012

KEM BESTARI SOLAT FASA II TAHUN 4,5 DAN 6

Alhamdulillah..pada 23 Jun 2012 (sabtu) yang lalu, Panitia Pendidikan Islam SKTPP telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat Fasa II bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Kem ini telah disertai 180 murid Tahun 4,5 dan 6 SKTPP dan 15 fasilitator yang terdiri daripada guru-guru. Pihak panitia telah menjemput Ustaz Mohd Afendi bin Yahya dari SK Labu Lanjut bagi menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan solat dan cara menunaikannya kepada para peserta kem.

Selepas itu, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menjalankan sesi Latihan Dalam Kumpulan bersama fasilitator. Pemerhatian mendapati murid sangat memberi komitmen dan perhatian yang baik semasa ceramah disampaikan dan ketika menjalankan aktiviti yang diarahkan. berikut adalah beberapa keping gambar semasa kem berlangsung..

Ustaz Afendi sedang memberikan ceramah

Murid sedang mempraktikkan cara takbiratul ihram yang betul

Sesi praktikal secara beramai-ramai

Sedikit cenderahati untuk penceramah

Antara fasilitator yang terlibat dalam kem kali ini



No comments:

Post a Comment