... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 27, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-31 (SESI PAGI)

Hari    : Isnin
Tarikh : 27 Ogos 2012
Masa   : 7.20 Pagi

Guru Bertugas Mingguan:
1. En. Zaidi bin Mahmad
2. En. Mahadir bin Midun
3. Pn. Nurliza binti Ab Rahman
4. Pn. Astina binti Mahad Nor
5. Pn. Rubiaton binti Ibrahim
6. Pn. Siti Rabiaah binti Mohammad
7. Pn. Azwani binti Md Noordin
8. Pn. Rosmawati binti Desa


Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, Bacaan Doa & Ikrar
    1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu sekolah.
    1.2 Bacaan doa dipimpin oleh adik Kamal Aizam.
    1.3 Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Zaidi.
    1.4 Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Atiqah An-Nur.  

2. Laporan/Ulasan Guru Bertugas Minggu Lepas (Ustazah Nor Fairuzah)
    2.1 Program Tadarus Al-Quran telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan yang lalu
         pada masa rehat.
    2.2 Murid-murid yang tidak terlibat dengan program ini diingatkan supaya menghormati
         majlis dan tidak membuat bising pada masa akan datang.
    2.3 Murid-murid juga diingatkan supaya sentiasa menjaga wang masing-masing kerana 
         berlaku banyak kes keciciran wang.
    2.4 Tahap kebersihan kelas adalah memuaskan.

3. Pengumuman Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
    3.1 Tahun 4 

  •   Pertama - Seraya
  •   Kedua    - Nyatoh
  •   Ketiga    - Meranti

    3.2 Tahun 5

  •   Pertama - Merak
  •   Kedua    - Kelicap
  •   Ketiga    - Tiung

    3.3 Tahun 6

  •   Pertama - Linux
  •   Kedua    - Palm
  •   Ketiga    - Windows

    3.4 PPKI

  •  Pertama - Tabah
  •  Kedua    - Yakin

4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
    4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
    4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
    4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
         ~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
         ~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
         ~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
         ~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri. 

5. Perkataan LAWAD
    5.1 BM : Lambak ~ longgok
    5.2 BI  : Admire ~ mengagumi 
    5.3 BA : Ya'malu ~ bekerja

6. Ucapan Guru Besar 
    6.1 Beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan tahniah kepada semua murid
         yang berjaya menghadirkan diri ke sekolah selepas berakhirnya cuti pertengahan 
         penggal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
    6.2 Untuk semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi, 
         beliau menasihatkan mereka agar sentiasa mengulangkaji pelajaran.

No comments:

Post a Comment