... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 10, 2012

MAJLIS RINGKAS PERPISAHAN UNCLE MUTHU

Pada hari ini, 10 Ogos 2012 julung-julung kali diadakan majlis ringkas perpisahan untuk Uncle Muthu yang bakal berpindah ke Johor.  Uncle Muthu ialah seorang pengawal keselamatan sekolah ini yang telah menunjukkan prestasi kerja yang amat cemerlang.

Hari ini adalah hari terakhir beliau berkhidmat di SKTPP.  Sememangnya jasa beliau amat besar dalam menangani masalah kecurian basikal, menjaga lalu lintas dan mengawal keselamatan sekolah. Kami semua warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala khidmat yang diberikan dan semoga Uncle Muthu akan tetap sihat dan gembira bekerja di tempat baru nanti.

Berikut paparan gambar semasa majlis ini dijalankan.

En Sukimin menyampaikan ucapan tahniah dan selamat berpisah kepada Uncle Muthu


Uncle Muthu diberi peluang memberikan kata-kata terakhir kepada guru-guru dan murid-murid

En Sukimin memberikan hadiah kenang-kenangan kepada Uncle Muthu

Hadiah cenderahati sebagai tanda mata warga SKTPP


Terima Kasih Tidak Terhingga Kepada Uncle Muthu.

No comments:

Post a Comment