Tarikh : 27 Ogos 2012
Masa : 6.10 Petang
Guru Bertugas Mingguan:
1. Pn. Wan Sarinah
2. Pn. Malisha
3. Pn. Norazian
4. Pn. Parimala
5. Pn. Grace
6. Pn. Norhayati
7. Pn. Norlida
Laporan/Ulasan
1. Nyanyian, Bacaan Doa & Ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu sekolah.
1.2 Bacaan doa dipimpin oleh adik Fathul Akhbar dari kelas 3 Waja.
1.3 Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Parimala.
1.4 Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Husna Aqilah dari kelas 3 Waja.
2. Laporan/Ulasan Guru Bertugas Minggu Lepas (Ustazah Norazah)
2.1 Murid-murid diingatkan agar tidak berlari-lari dalam kawasan sekolah. Beberapa kejadian yang
membawa kecederaan kepada murid telah berlaku akibat berlari bersama rakan.
2.2 Murid juga tidak digalakkan untuk membawa duit dalam jumlah yang banyak ke sekolah. Ini
adalah untuk mengelakkan kejadian kecurian berlaku di kalangan murid.
3. Pengumuman Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
3.1 Tahun 1
3.2 Tahun 2
3.3 Tahun 3
4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri.
5. Perkataan LAWAD
5.1 BM : hempap- timpa
5.2 BI : vegetable - sayur-sayuran
5.3 BA : hiyarun - timun
6. Ucapan PK Petang -En. Rosdin
3.1 Tahun 1
- Pertama - Musytari
- Kedua - Uranus
- Ketiga - Pluto
3.2 Tahun 2
- Pertama - Alfa
- Kedua - Zeta
- Ketiga - Theta
3.3 Tahun 3
- Pertama - Juara
- Kedua - Waja
- Ketiga - Myvi
4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri.
5. Perkataan LAWAD
5.1 BM : hempap- timpa
5.2 BI : vegetable - sayur-sayuran
5.3 BA : hiyarun - timun
6. Ucapan PK Petang -En. Rosdin
6.1 En. Rosdin mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan gembira dengan jumlah kehadiran
murid-murid pada hari ini. Bilangan murid yang tidak hadir hanya sedikit dan ini membuktikan
bahawa murid-murid gembira dan bersemangat untuk hadir ke sekolah walaupun baru selesai
bercuti selama seminggu atas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
6.2 Beliau juga berharap dan memberi nasihat kepada murid-murid agar tiada lagi kejadian 'berdarah'
berulang lagi. Kejadian berlaku di mana seorang murid tahun 1 berlari dan tersadung kaki jatuh ke
dalam longkang. Murid cedera dan berdarah di hidung dan mulut.
6.3 Murid diingatkan mengenai sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang. Murid diminta untuk
menghayati bulan kemerdekaan. Bagi menggalakkan murid untuk lebih bersemangat patriotik, beliau
meminta murid-murid untuk menyenaraikan 55 perkara yang berkaitan dengan tema minggu ini iaitu
'Saya Anak Malaysia'.
7. Pengumuman
7.1 Aktiviti ko-kurikulum akan berjalan seperti biasa pada hari Rabu- Unit Beruniform.
7.2 Kelas Tasmek bagi murid tahun 2 dan tahun 3 berjalan seperti biasa.
7.3 Makluman untuk semua pengawas sekolah dimana guru-guru akan membuat penilaian untuk
setiap pengawas untuk lantikan semula sebagai Pengawas sekolah bagi sesi 2013.
Disediakan oleh : Pn. Norazian
No comments:
Post a Comment