SK Taman Putra Perdana akan mula bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 16 dan 17 Ogos (Khamis dan Jumaat). Cuti ini adalah cuti berganti yang dijadualkan pada 8 dan 22 September 2012 nanti. (Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian)
Oleh itu, hari Rabu 15 Ogos 2012, semua murid tahun 1 hingga tahun 6 akan bersekolah pada sesi pagi.
Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012 dan murid-murid tahun 6 akan menduduki Percubaan UPSR yang terakhir pada 28 Ogos 2012. Jangan lupa mengulangkaji sambil menikmati juadah raya.
*Memo mengenai cuti ini akan diedarkan pada hari Isnin 13 Ogos 2012.
Harap Maklum.
No comments:
Post a Comment