Murid 2013

... WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME... AL-FATIHAH MH17...WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME MH17... AL-FATIHAH MH17... WELCOME HOME... AL-FATIHAH MH17...

Tuesday, August 14, 2012

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)


Dalam usaha untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang telah ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, SK Taman Putra Perdana akan mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti mulai 2013. Ini selaras dengan hasrat Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang mewajibkan semua sekolah di Selangor mengamalkan SPSK dalam semua pengurusan sekolah.

LATAR BELAKANG
SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO 9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Selangor ke arah sekolah bertaraf dunia.

OBJEKTIF
1.      Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran
         Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
2.      Memastikan pencapaian murid setiap sekolah di negeri Selangor mencapai 65 % lulus
         atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi
         peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.
3.      Memastikan 100% murid sekolah di negeri Selangor mendapat perkhidmatan Bimbingan
         dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan
         berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah.
4.      Melaksanakan Prosedur Pengurusan Kewangan, tanpa teguran audit.


MATLAMAT
1.      Memantapkan kecemerlangan sekolah agar memperoleh Tawaran Baru    (Bai’ah) setiap
         tahun.
2.      Menyediakan sekolah ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi
         Tinggi menjelang Tahun 2014.
3.      Sifar sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7  menjelang 2014 di Selangor kecuali
         sekolah yang baru dibuka.
4.      Sifar sekolah di negeri Selangor mendapat Audit Berteguran menjelang tahun 2014.
5.      Memastikan semua sekolah di negeri Selangor mengamalkan Sistem Pengurusan
         Sekolah Kualiti Berasaskan MS ISO 9000 menjelang Tahun 2015

PROSEDUR KUALITI ( PK ) SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
PK01   :  Pengurusan Panitia
PK02   :  Pengurusan Jadual Waktu
PK03   :  Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
PK04   :  Pengurusan Pencerapan
PK05   :  Pengurusan Peperiksaan
PK06   :  Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
PK07   :  Pengurusan Mesyuarat
PK08   :  Pengurusan Bimbingan
PK09   :  Pengurusan Pusat Sumber
PK10   :  Pengurusan Perkembangan Staf
PK11   :  Pengurusan Aduan Pelanggan
PK12   :  Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK13   :  Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti
PK14   :  Pengurusan Audit Dalam
PK15   :  Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur
PK16   :  Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK17   :  Pengurusan Perolehan


STATUS PELAKSANAAN
Jumlah sekolah yang telah melaksanakan SPSK adalah 76 buah sekolah ( 2010 & 2011 )
2010 : 41 buah sekolah berprestasi tinggi
2011 : 35 sekolah berprestasi sederhana
2012 : Semua sekolah di negeri Selangor melaksanakan SPSK

DEFINISI PENGURUSAN BERKUALITI
Pengurusan :
          Satu proses sosial yang melibatkan aktiviti seperti merancang, mengelola, melaksana    
          (memimpin) dan mengawal pelaksanaan program-program atau tindakan bagi mencapai
          matlamat yang telah ditetapkan
Berkualiti :
           Perkhidmatan ( output ) memenuhi kehendakpelanggan dan stakeholder

CIRI-CIRI PENGURUSAN BERKUALITI
1. Penambahbaikan berterusan
2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan
3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang 
berkaitan
            5. Memastikan keberkesanan latihan
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem 
kualiti
            7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran       
                pencapaian pelaksanaan objektif kualiti

KELEBIHAN PENGURUSAN BERKUALITI
1.    Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan
       dan bukan mengatasi masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku
2.    Kajian Semula yang berterusan ke atas proses – proses yang kritikal dan
       membuat tindakan pembetulan
3.    Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati ” prinsip betul
       pertama kali dan setiap kali ”
4.    Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan, dan
5.    Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang
       telah dilaksanakan

Sumber; Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor

No comments:

Post a Comment