Monday, September 3, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-32 (SESI PAGI)

Hari        : IsninTarikh    : 3 September 2012Masa     : 7.30 pagi
GURU BERTUGAS MINGGUAN

§  Encik Ismarizal Bin Ismail
§  Puan Norhanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
§  Puan Kwa Jin Nee
§  Puan Roseniza Binti Setapa
§  Puan Zuraini Binti Ismail
§  Puan Visva Vilasini A/P Koppal @ Goppal
§  Encik Srimahathevan A/L Vadivelu
§  Cik Nurul Aifaa Binti Saharuddin

LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Muhammad Kamal Aizam Bin Kamaruzaman.
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Srimahathevan A/L Vadivelu.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Atiqah An-Nur Binti Zainudin.

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Puan Siti Rabiaah Binti Mohamad)
1.       Ramai pelajar yang datang lewat ke sekolah.  Murid-murid dinasihatkan untuk datang awal ke sekolah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
2.       Murid-murid duduk di kaki lima sebelum perhimpunan pagi dimulakan.  Murid-murid diingatkan supaya berkumpul di tapak perhimpunan dan baca buku setelah sampai ke sekolah.

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
1.       PPKI
§  Pertama       - Tabah
§  Kedua           - Yakin
2.       Tahun 4
§  Pertama       - 4 Seraya
§  Kedua           - 4 Meranti
§  Ketiga           - 4 Jati
3.       Tahun 5
§  Pertama       - 5 Merbok
§  Kedua           - 5 Tiung
§  Ketiga           - 5 Kelicap

Ucapan guru bertugas
1.       Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.       Tema minggu ini ialah Bermuafakat Membawa Berkat.
3.       Bermuafakat bermaksud bekerjasama.
4.       Pelajar-pelajar perlulah sentiasa bekerjasama untuk mengekalkan suasana yang aman dan harmoni.
Perkataan LAWAD
1.       Bahasa Malaysia               : melayur – mendiang di api, salai, ganggang
2.       Bahasa Inggeris                 : creation – penciptaan
Ucapan Guru Besar

§  Pengawas sekolah
1.       Encik Sukimin Bin Juki telah memberitahu kepada semua pelajar bahawa pada pertengahan bulan September 2012, semua pengawas akan ditamatkan perkhidmatan secara tetap.
2.       Pada hari keesokannya, pengawas akan dilantik semula untuk tempoh percubaan.  Pengawas-pengawas baru juga akan turut dipilih oleh guru kelas atau guru mata pelajaran untuk tempoh percubaan.
3.       Selepas sesi penapisan, yang akan diadakan sebelum akhir sesi persekolahan tahun ini, pengawas-pengawas akan dilantik secara tetap untuk tahun 2013, mengikut keperluan.
4.       Ketua pengawas dan penolong ketua pengawas juga akan dilantik.

Objektif pelaksanaan: Untuk memilih pengawas-pengawas yang berkualiti dan berpotensi untuk melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment