Wednesday, September 19, 2012

PEMENANG PERADUAN FROGASIA ~ TIKET VIP KONSERT MAROON 5

Pihak Frogasia.com telah menganjurkan satu peraduan untuk memenangi 2 keping tiket menyaksikan Konsert Live Maroon 5 di Stadium Shah Alam pada 20 September nanti.  2 orang murid SKTPP telah berjaya memenangi tiket VIP ini daripada 3 keping tiket yang ditawarkan.

Murid bertuah itu ialah adik Divya dan Adik Najwa Dayana dari kelas 6 Xenix.  Satu majlis ringkas penyerahan tiket dan poster konsert telah dilakukan pagi tadi.  En Adrian Loh bersama dua orang rakannya telah hadir ke SKTPP dan menyampaikan hadiah tersebut kepada para pemenang.

Berikut paparan gambar semasa majlis ringkas ini berlangsung:

sebahagian murid SKTPP yang memeriahkan majlis penyampaian hadiah ini

taklimat ringkas daripada Encik Adrian (wakil frogasia)

Adik Najwa menerima cenderamata drpd syarikat frogasia


Adik Divya menerima tiket drpd En Adrian


bergambar kenangan bersama beberapa orang guru yang turut hadir

wajah gembira kedua-dua pemenang

bergambar bersama GPK Hem - Pn Jamilah Arifin selepas acara penyampaian hadiah

sesi temuramah selepas acara penyampaian hadiah

No comments:

Post a Comment