Sunday, September 16, 2012

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh secara atas talian (online) telah dibuka mulai 15 September 2012.  Murid-murid tahun 6 boleh membuat permohonan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik di sini untuk terus membuat permohonan.

Kepada murid yang tidak mempunyai capaian internet di rumah, boleh menggunakan komputer yang disediakan di sekolah, sama ada di laluan patriotik, di pusat akses atau di makmal komputer. Untuk berbuat demikian, pastikan semua maklumat perlu di bawa seperti maklumat ibu dan bapa serta slip keputusan percubaan yang telah diedarkan oleh guru kelas sebelum ini.


Untuk bantuan membuat permohonan online di sekolah, murid-murid boleh berjumpa dengan Cikgu Noriza, Cikgu Norhana, Cikgu Jamil atau Cikgu Rubiaton. Diharap semua murid mengisi permohonan ini, kerana belajar di sekolah berasrama penuh akan mendidik disiplin diri dan cara belajar yang lebih teratur.

No comments:

Post a Comment